Artis / Selebriti
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Sharifah Shahira ketika mewakili anaknya, Airra mengambil keputusan SPM di sekolah buat warganet terhibur. Fuh mak paling sempoi ni, siap buat live lagi. Siap menjerit lagi sebut result. Habis 1 Malaysia tahu, lawak betul..
Hari ini semua pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) tahun 2024 telah pun mendapat keputusan mereka. Sejak awal pagi lagi, ramai yang sudah pun berada di sekolah untuk mengambil slip keputusan termasuk lah penyampai Sinar FM, Sharifah Shahira atau Shiera.
Memandangkan anak Shiera, Airra kini sedang bercuti di Langkawi, Shiera mewakili anaknya itu untuk mengambil keputusan SPM. Meninjau entry di akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Shiera berjumpa dengan guru bertugas untuk mengambil keputusan.
Shiera yang kecoh dan selalu happy go lucky ini menceriakan suasana. Ketika guru membacakan keputusan, Shiera mengulanginya dengan suara yang kuat sambil video call dengan Airra. Hebat Airra kerana mendapat cemerlang A untuk subjek bahasa Inggeris.

Keseluruhannya keputusan Airra lulus semua subjek cuma subjek Kimianya yang rendah. Shiera sempat berseloroh dengan guru tersebut apa yang perlu dilakukan dengan slip keputusan tersebut. Apa-apa pun, Airra kelihatan pasrah sahaja wajahnya melihat gelagat mommynya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kalo mak aku gini, xpe laa aku rela cancel holiday.. bior aku g ambik sendiri result aku.. habih oii segala huruf result aku dijeritnya haha.. “
” 1 Malaysia tahu ni, siap buat live haha.. Sporting mak, apa pun tahniah Aira.. Ank dia dah lama rancang awal2 dah lari. Comel je.. “
” So good of you mother … every parent must need to know this SPM is not end for the children… we need to guide them until what they can do in their life.. “
” Yang ko ambik kimia kenapa, terbahak aku ketawa dengar ayat Shiera ni. Mak paling sempoi.. dapat jugak A kan, sebelum kawan kawan sapu habis hehe.. “
” Ya Allah… Shiera… Shiera… Habis satu Malaysia tahu result anaknya.. Nasib baik la si Airra tu pun relax sempoi… Anyway, tahniah shieraijoy & Airra… Alhamdulillah lulus semua.. “
” Naya wehhhh mak dia fofular, habis result SPM 1 Malaya pun tahuuuuu haha.. Steady la kak Shiera.. meriah suasana sekolah dengar suara kak shiera hehe.. “
” Sporting mak dia, terbaik lah mak macam ni.. Bersabar la nak.. mak ko shiera ijoy. Ko kena terima hakikat nak.. 1 Malaysia tau result ko, haha.. “
” Bagus betul mak mcm ni.. telus… xde bajet2 cover2 ank sy pandai anak sy cenerlang. Tahniah buat Syiera dan anakanda.. “
” Haha sempoi je kak shiera.. tergelak tengok gelagat kak shiera ni.. sama dari zaman drama mat despatch lagi.. “
Kecoh jadinya apabila mak yang mengambil result anak. Nasib badan lah Airra ada mak yang glamour dan dikenali ramai. Satu Malaysia tahu result Airra. Apa-apa pun, tahniah Airra kerana lulus untuk semua mata pelajaran. Jadikan ianya titik permulaan untuk menjadi yang lebih baik dan insan berguna pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

