Artis / Selebriti
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen
Video Erma Fatima acah-acah riak lagi buat warganet terhibur. Habis semua handbag kawan-kawan diriakkan kali ini. Lawak betul lah Erma, berdekah dibuatnya. Awal-awal riak, last-last jadi aib, haha..
Pengarah Erma Fatima memang seorang yang kelakar dan suka membuat video yang mencuit hati warganet. Sikap Erma yang happy go lucky itu disukai oleh peminat. Sebelum ini Erma ada berkongsikan video house tour dengan kapsyen memberitahu dia ingin membuat video paling riak.
Kali ini, Erma sekali lagi cuba ‘meriakkan’ diri ketika hadir ke sebuah majlis khas. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Erma Fatima, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erma menunjukkan beberapa koleksi handbag dan handphone yang dipegangnya.
Sama seperti sebelum ini, semua barang yang ‘diriakkan’ oleh Erma ini bukan lah hak milik Erma. Gelagat Erma yang berlagak seperti barang sendiri itu mencuit hati semua yang melihatnya di situ. Ketawa semua kawan-kawan melihat telatah Erma itu.

Mahu berlagak tetapi apabila ingain membuka handphone dan losyen tangan pun tidak pandai. Warganet juga berseloroh mengusik Erma supaya selepas ini Erma membuat tutorial terlebih dahulu, baru lah tidak terkantoi yang ‘diriakkan’ itu barang orang lain. Part awal ketika menyamar mengutip hutang juga mencuit hati ramai.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macam ku mengenali beg merah ituuu haha.. Ni bukan stakat riak.. ni siap menunjuk, ujub, takbur, riak .. semua ditapaunya.. “
” Mak Semah tengok Kak Erma ni.. riak ke 7 petala langit ni.. lawak mok cun.. ok done riak, terbahak aku.. “
” So ketara.. haha mesti handbag dato nana kan mok cun haha.. so riak, gitew.. tu kelaku tu.. geram je tengok.. “
” Jual la beg tu boleh byr bil yg 3 bln x byr tu.. haha meh jual kt i preleppppp.. adoi la klau tak lawak bukan Emma ye.. “
” Now semua mampu, all cina mari haha.. Sepahtu bole bungkus dgn lawak puan Erma.. Teringat zaman drama Pengantin Popular.. “
” Len kali sebelum nk buat video riak make sure buat tutorial dulu ek sistur supaya tak jadi video aib lak.. “
” You always make my day.. adoi terhibur.. Dalam Kelly ada mini Kelly, yg kite ada keli je jah.. haha terpaling ni haha.. “
” Adoi yang ni lawak, sis suka terhibur jap.. Nak drama mcm ni….tajuk: RIAK LAGI haha.. dekah oii, dari nak riak tetiba jadi aib haha.. “
Kalau tak lawak, memang bukan Erma lah, sekali dengan si Awal pun sama-sama masuk air juga. Riak paling win, yang penting semua yang ‘diriakkan’ bukan hak milik sendiri. Apa-apa pun, video ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur menontonnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Erma Fatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

