Artis / Selebriti
” Ni kalau buka restoran ibu mertua dan menantu memang laku keras.. ” – Komen Netizen
Sheila Rusly kongsi video menantu barunya, Beatrice Chitra memasak juadah berbuka puasa raih perhatian ramai. Wah pandainya menantu baru Sheila masak. Untung lah dapat menantu dua-dua cantik dan pandai masak..
Umum mengetahui beberapa hari lalu, anak bongsu Sheila Rusly, Luth Mikail Azman telah selamat mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hatinya yang bernama Beatrice Chitra. Difahamkan majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Sheila Rusly, telah dikongsikan video yang memaparkan menantu barunya, Beatrice sedang memasak dan pada video tersebut ditulis ‘ POV : Pengantin dah masuk dapur ‘ berserta dengan emoji love. Menerusi video itu, Beatrice memasak tiga juadah untuk berbuka puasa.
Kelihatan Beatrice langsung tidak kekok berasa di dapur dan gayanya memasak sudah seperti Sheila. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka melihat cara layanan Sheila terhadap kedua-dua menantunya.

Ada yang memuji sikap Sheila sebagai ibu mertua yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu memasak dengan menantu-menantunya. Ini seharusnya menjadi contoh kepada semua. Sehingga kini, video Beatrice sedang memasak telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video oleh Sheila ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ni kalau buka restoran ibu mertua dan menantu memang laku keras.. Semuanya nampak sedap sangat. Untung lah menantu2 sis, semuanya dapat mewarisi skill memasak daripada sis.. “
” Sangat salute ibu mertua mcm sis Sheila.. If ada menantu suatu waktu nanti moga kita ajarkan perkara baik² mcm ni.. Semoga ramai lagi ibu² mertua kat luar sana terinspirasi dgn cara didikan sis Sheila ni.. “
” MasyaAllah.. Suka betul tengok video ni.. Terasa bahagianya.. Nampak sedap menantu sis masak. Selamat berbuka sis n family.. “
” Respect dgn Sheila Rusly sbb dia pandai didik menantu dia masak.. Bestnya.. Slmt berbuka Sis.. Nmpknya menu sedap22 tu menantu Sis masak.. “
” Congrats sis.. You boleh jadi role model dlm membentuk menantu2 pompuan supaya tak kekok buat kerja dapur walaupun pun nampak moden bergaya. Really inspired.. “
” Bertuah you dik, anugerah islam dan family bahagia.. Menantu yg tau selera n kegemaran mak mertua.. Tahniah sis terima menantu.. “
” Tak kekok.. Cantik orgnya…Ya Allah sumpah suka sgt tgk family ni berkasih syg.. Hubungan baik mertua menantu anak cucu.. Semoga keluarga ini sentiasa dalam rahmat Allah.. “
Patut lah ramai yang memuji, nampak begitu menyelerakan masakan yang dimasak oleh Beatrice. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Sheila yang baru sahaja mendapat menantu kedua. Semoga rumah tangga Mika dan Beatrice akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

