Artis / Selebriti
” Ni video paling comel sekali, sebab ibu Fattah join sekali, haha.. “- Komen Netizen
Video ibu Fattah Amin join buat video di Tiktok bersama Fattah raih perhatian ramai. Alahai sporting sungguh ibu Fattah ni rupa-rupanya, comel sangat..
Bagi yang suka mengikuti perkembangan pelakon Fattah Amin, pasti mengetahui sekarang Fattah juga aktif membuat posting di akaun TikTok miliknya. Sebelum ini, Fattah sering berkongsi pelbagai video menarik tentang dirinya dan juga yang melibatkan kerjayanya, perkongsian tersebut meraih perhatian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok Fattah, telah dikongsikan video yang memaparkan Fattah membuat video bersama ibunya, Puan Azizah. Pada awal video, Fattah menunjukkan wallpaper telefon yang memaparkan gambar ibunya. Setelah itu, kelihatan ibunya berada di belakang Fattah.
Video Fattah bersama ibu tersayang dan berlatar belakang lagu Everywhere I go I keep a picture in my wallet tersebut sekali menjadi perhatian warganet. Ramai yang mengatakan video ini adalah video yang paling comel mereka tonton gara-gara ibu Fattah turut join merekod video bersama Fattah.

Ada yang menyamakan muka anak tunggal Fattah, Nur Fatima Aisya dengan ibu Fattah. Memang seiras wajah cucu dan nenek ini. Sehingga kini, video baru Fattah ini telah menerima ratusan komen dan telah ditonton lebih 430 ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fattahamin Yg penting ✌🏻 jangan turun. Syurgaku 💙
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alolo, comel betul dua beranak ni buat video, hehe.. Wahh Fattah dah pandai buat video di TikTok.. Semua video nice sangat.. “
” Comel jee ibuu.. Aduiii kelakar lah Fatah niii, buat orang tergelakk jee.. Agar Fattah & ibu sentiasa ceria dan gembira disisi Allah..
” Saya doakan Allah kurniakan rahmat dan redhanya buat Abdul Fattah bin Mohd Amin sekeluarga .. Aamiin3min ya rabbal alamiin.. “
” Ni video paling comel sekali, haha sebab ada ibu Fattah join sekali, haha.. Geram kita tengok tau dua beranak ni, kenapa lah comel sangat, haha.. “
” Sekali mak dia terjebak juga, haha.. Bila tengok video ni, baru tahu memang Fatima copy paste nenek dia betul lah.. MasyaAllah..
” Amboi2 bukan main lg dua beranak ni yer.. Fattah handsome betul, maknya pula comel sangat.. Semoga bahagia selalu yer Fattah sekeluarga..
” Awat comel sangat ni mak Fattah, hahahaha.. Tak sangka mak Fattah mau join buat video dengan Fattah.. Nampak Fattah betul2 anak manja ibu.. “
Memang comel sungguh dua beranak ini merekodkan video bersama-sama. Sporting sungguh ibu Fattah melayan permintaan anak lelakinya merekodkan video seperti ini. Apa-apa pun, semoga Fattah terus diberikan kekuatan dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok fattahamin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

