Artis / Selebriti
” Nohh slumber badak dia panggil bapak dia ‘Aiman’, haha.. ” – Netizen
Sempena Hari Bapa, Zahirah Macwilson Kongsi Video, Gambar Dan Ucapan Buat Suami Tersayangnya, Aiman Hakim Ridza. Part Video Isaac Raees Panggil Nama Aiman Buat Ramai Terhibur. Selamba Je Dia Panggil Daddy Dia Macam Tu. Bertuah Betul Isaac Ni, Haha !!
Pelakon dan juga model, Zahirah Macwilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza antara selebriti yang diminati ramai. Apa sahaja yang dikongsikan oleh mereka berdua di akaun media sosial pasti menjadi perhatian. Kini kehidupan rumahtangga Zahirah dan Aiman bertambah bahagia dengan kehadiran seorang cahaya lelaki iaitu Isaac Raees.
Terbaru, sempena Hari Bapa semalam, Zahirah turut tidak melepaskan peluang berkongsi ucapan buat Aiman. Selain kata ucapan, Zahirah juga memuatnaik beberapa gambar dan video throwback Aiman bersama Issac dari kecil hinggalah sekarang.
Zahirah menyifatkan Aiman seorang bapa yang penyayang dan Issac bertuah memiliki ayah seperti Aiman. Namun satu video gelagat Issac memanggil daddy nya dengan panggilan nama ‘ Aiman’ sahaja membuatkan ramai yang terhibur.

Menerusi video itu, Isaac sedang melakukan aktiviti mewarna dan telah memanggil Aiman. Perkongsian ini telah mengundang tawa yang telah menonton video tersebut. Sehingga kini, posting terbaru Zahirah itu telah menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian Zahirah dan terhibur dengan video Isaac memanggil nama Aiman. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nohh slumber badak dek dia jee panggil bapak dia “Aiman” hahahahaa bertuah punya anak. Lawak dengar tau.. “
” I cannot dgn video panggil daddy dia dgn nama daddy sendiri.. Hahahahaha siapa yang ajar ni adikkk.. “
” Aiman je dia panggil bapak dia, hahaha bertuah betul. Pertama kali aku dengar Issac panggil daddy dia mcm ni.. “
” Aiman” hahahhaa next year tambah lg dua aiman kena layan hahahaaaa… Happy father’s day Aiman dan buat bapa2 di luar sana.. “
” Wehhhh Aiman tu bapak kau dikk.. Adoi senang2 je kau panggil Aiman, hahaha tersembut makcik dengar tau.. “
” Hahahaha you panggil Aiman jeeee Isaac.. Ni mesti sbb rajin gad0h berebut mummy kan, hahaha.. Cute betul lah budak handsome ni.. “
” Dia aimankan bapak dia, hahahahaha paling rare video ni.. Zahirah pls simpan nanti besar tunjuk dekat Isaac, haha.. “
Gelagat anak-anak adakalanya mencuit hati ibu bapa. Itulah yang akan menceriakan hari-hari mereka dan akan menjadi kenangan. Apa-apa pun semoga keluarga ini akan terus bahagia bersama dan moga Isaac membesar menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zahirahmacwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

