Artis / Selebriti
” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyi lagu Cicak ketika live raih perhatian ramai. Tokti menyanyi santai macam ni pun padu. Boleh pula Afwa tertidur masa Tokti tengah menyanyi, hehe..
Sebelum ini, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah anak penyanyi terkenal, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa ketika ibunya sedang menyanyi. Afwa mengatakan yang nyanyian ibunya itu tidak sedap baginya. Perkongsian video tersebut turut mengundang tawa warganet.
Meninjau di akaun TikTok milik rosmadiothman, telah dikongsikan video live terbaru DS Siti di TikTok. Menerusi video itu, kelihatan Afwa ada bersama menemani DS Siti. DS Siti bertanya kepada Afwa, boleh kah dirinya menyanyi lagu Cicak.
Kata Afwa, dia tidak mahu. Namun begitu, DS Siti tetap menyanyi lagu tersebut. Perkongsian video itu sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji suara DS Siti menyanyikan lagu Cicak sangat merdu. Video kedua pula memaparkan DS Siti menyanyi lagu Bunga Melur versi tahun 2025.

Ketika mahu menyanyi, kelihatan Afwa sudah pun tertidur di kerusi dan DS Siti cuba mengejutkan Afwa daripada tidur. Sehingga kini, dua video yang dikongsikan video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@rosmadiothman Lagu cicak punmerdu… #masukberanda #fyp #viral #trending #sitinurhaliza
@rosmadiothman Tak sabar konsert tradisional akan datang… #masukberanda #fyp #viral #trending #sitinurhaliza
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nyanyi lagu Cicak pun sedap betul lah Tokti ni. Tapi aku tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa tu.. Kelakar sangat.. “
” Subhanallah Allahuakbar Alhamdulillah syukur Allah SWT kurniakan rezeki suara merdu.. Maintain je suara dari dlu.. “
” Muka Afwa je mcm tu tapi sweet je teman ibu nya smpai tido lena member… Mata dia tuuuu, jgn sampai Afwa off Kan.. “
” Yg tepi tu muka mmg nak ckp sesuatu tp … Takpela kan Afwa. Layan je hehehe.. Anak bertuah ni.. MasyaAllah.. “
” Yang sebelah tu mcm tak teruja pun Siti Nurhaliza nyanyi.. Siti nurhaliza tu dik, HEHEHE. Boleh pula dia tertidur.. “
” Rugi la Afwa,tak dgr ibu nyanyi asli, orang lain kena bayar baru boleh dgr lagu ibu,dia boleh dok lena sebelah ibu dia.. “
” Mnyanyi sbelah haters.. Mmg auto taksdap la.. Tapi kami memang suka suara Datuk Siti, merdu betul dia nyanyi lagu cicak pun.. “
Boleh pula Afwa tertidur ketika ibunya sedang menyanyi. Apa-apa pun, merdu sungguh suara DS Siti menyanyikan lagu Cicak. Pastinya ramai yang tidak puas mendengar DS Siti menyanyikan sebahagian sahaja lagu itu. Mungkin selepas ini DS Siti boleh menyanyi dalam versi penuh pula.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rosmadiothman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

