Artis / Selebriti
” Oddah ni nampak je dulu macam malu. Sekali keluar perangai macam mak dia.. ” – Komen Netizen
Sertai program realiti terbaru Talk To My Manager, video gelagat Sharifah Shahirah dan anaknya, Oddah buat ramai terhibur. Mak dan anak sama-sama kelakar dan ‘ masuk air ‘. Keluar perangai sebenar Oddah, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Media Hiburan, perkongsian sebuah video yang memaparkan pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah dan anaknya, Oddah telah meraih perhatian ramai. Dua anak beranak ini telah menyertai program realti terbaru berjudul Talk To My Manager.
Menerusi video tersebut, para peserta telah diperkenalkan yang mana Oddah memasuki ruang legar dengan menyanyikan lagu Dan Sebenarnya yang dipopularkan oleh Yuna. Oddah memakai gaun berwarna oren dan tshirt berwarna hijau menyerlahkan lagi penampilannya.
Sekali pandang, rupa paras Oddah saling tak tumpah seperti wajah ibunya ketika zaman remajanya. Memang c0py dan paste sangat. Shiera kemudian muncul selepas dan mereka memperkenalkan diri. Gelagat mereka sangat menghiburkan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Oddah sememangnya memiliki bakat nyanyian dan suaranya juga cukup merdu. Cantik sangat anak dara Shiera ini seperti ibunya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Odah ni mcm mak dia. Attractive. And lawaaa. Nampak mcm ada talent utk jdi pengacara mcm mak dia la. Oddah blh sambung legasi ni.. “
” Ada potensi jadi pengacara cilik macam zaman2 Anne Ngasri, Penganti mak dia la. copypaste mak dy mude2 betul.. beze odah muke bulat skit.. “
” Cantik betul dak odah ni ek. Mix muka mak n ayah. Oddah ni nampak je dulu cam malu. Sekali keluar perangai macam mak dia .. “
” Oddah cantik macam mama dia masa muda mudi. cantik lah colour green match ngn orange.. Nmpk mcm anak org puteh, padahal makbapak melayu je.. “
” Oddah da bsr.. masa kecik malu2 mcm bapak dia da bsr sebijik mak da gaya.. Muka bapak perangai mak…. Kak Rara pun asyik pening dgn dia.. “
” Memang menonjol ya. Paling extrovert & tak pemalu si odah ni suka betul tgkk.. perangai mak, muka bapak semoga semua dipermudahkan urusan & rezeki .. “
” Sedap suara dia…Auddra ni dulu anak angkat Siti Nurhaliza masa dia kecik2… mak dia pernah dukung dia atas pentas ABPBH 2009 kot.. “
Pastinya ramai penonton tidak sabar menantikan rancangan ini muncul di kaca televisyen. Program ini akan bersiaran di saluran Astro yang mengabungkan dua anak beranak sama ada ibu atau bapa bersama anak mereka yang bertindak sebagai PA.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

