Artis / Selebriti
” Oh ni la baby lato-lato tu. Lawanya macam anak patung, hidung pun tinggi.. ” – Netizen
Harris Annuar Kongsi Gambar Wajah Anak Perempuannya, Aura Medina Buat Pertama Kali Buat Ramai Yang Ger4m. Alahai Gebunya Baby Aura, Putih Melepak Dan Hidung Terpacak. Sebijik Muka Aboy, Lagi-Lagi Part Hidung Tu. Comel Sangat !!
Bekas finalis Hero Remaja, Harris Annuar atau mesra dengan panggilan Aboy telah pun menimang cahaya mata sulungnya bersama pelakon cantik, Asha Merican pada 26 Mar yang lalu bersamaan 5 Ramadhan.
Kehidupan Aboy dan Asha semakin bahagia dengan kehadiran si kecil yang diberi nama Aura Medina. Pada perkongsian terdahulu, Aboy dan Asha ada berkongsikan gambar ketika menyambut Aidilfitri, namun tidak ditunjukkan wajah Aura.
Meninjau entry di akaun Instagram Harris Annuar, telah pun dimuatnaik sekeping gambar yang memaparkan wajah penuh Aura. Comel dan cantik, itu yang dikatakan oleh warganet setelah melihat wajah Aura.

Dengan kulit putih melepaknya itu, ada juga yang mengatakan Aura seperti anak patung. Wajah Aura juga nampak begitu seiras dengan wajah Aboy. Memang anak daddy sangat ni. Hidung pun terpacak macam daddy.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Aboy ini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comelnya Aura, macam pak dia tidoq. Cantik sangat budak yang makan sabun masa dalam perut ni hehe.. “
” Ni dak lato-lato tu ye. Kikiki. Welcome to the world assalamualaikum aura medina.. Cantiknya awak ni macam anak patung.. “
” Cantiknya baby Aura.. subhanallah cantik sangat.. semoga menjadi anak yg solehah, bijak pandai, baik akhlaknya dan hafizah.. “
” SubhanAllah.. Alhamdulillah.. lawanya macam anak patung.. Putih melepak memang copy muka Aboy ni.. “
” Comelnya awak ni baby Aura.. muka daddy dia sangat ni.. Hidung pun tinggi ni. Mulut tu merahnya.. “
” Oh ni la baby lato-lato tu yeaa. Comel baby lato-lato, macam anak patung putih gebu betul. Hidung tu bukan main lagi, segak macam pak dia ni.. “
” Harris sebijik muka awak lah baby Aura.. Ee ger4mnya tengok.. ni dia yang tak tidur malam-malam tu ye hehe.. “
Baby lato-lato, simen dan sabun dikaitkan dengan Aura. Kecil-kecil lagi sudah dipuji cantik, besar nanti tentu cantik macam mummynya. Apa-apa pun, semoga Aura Medina membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Harris Annuar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

