Artis / Selebriti
” Pada awalnya dia malu nak masuk bilik sebab.. ” – DS Aliff Syukri
DS Aliff Syukri kongsi video anak Dato’ Eizlan Yusof, Zareef datang melawat anaknya, Qadejah di hospital. Alahai comel je Zareef malu-malu. Walaupun tak sihat, masih datang melawat. DS Aliff pula dah macam tengok drama Korea,. Background lagu pun bukan main sweet lagi, hehe..
Umum mengetahui bahawa baru-baru ini, usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri bersama isterinya telah berkongsi satu perkongsian yang memaparkan anak perempuan mereka, Qadejah El Zahra dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat. Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dan mengundang rasa simpati di kalangan warganet.
Terbaharu, menerusi tinjauan di akaun Instagram milik Dato’ Aliff, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak lelaki kepada pelakon Dato’ Eizlan Yusof iaitu Zareef, datang melawat Qadejah di hospital. Menerusi video itu, kelihatan Zareef hadir dengan membawa bungkusan makanan khas untuk Qadejah.
Apa yang lebih menyentuh hati, menurut kapsyen yang ditulis oleh Dato’ Aliff, Zareef sebenarnya turut tidak sihat. Namun begitu, dia tetap mahu datang untuk datang melawat Qadejah. Malah, Dato’ Aliff juga mengatakan bahawa Zareef menemani Qadejah dari pagi hingga ke petang bersama abang Qadejah iaitu Ammar.

Momen tersebut bukan sahaja menggambarkan keprihatinan seorang sahabat, malah turut memperlihatkan hubungan yang sangat akrab antara mereka. Kehadiran Zareef jelas menceriakan hari Qadejah yang sedang menerima rawatan di hospital.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cess, tak payah pusing-pusing dah. Ni je Ces, ni je. Perfect.. Memang nampak sepadan sangat lah budak dua orang ni.. “
” Sehati sejiwa sangat ni. Sakit pon sesama.. Semoga persahabatan kalian kekal berpanjangan.. Andai nanti2 ada jodoh pun apa salahnya, hehe.. “
” Alhamdulillah.. That great Zarif he not well but still visit Cess at the ward. He really care what a good n caring friend. Okay Dato Sri part 2 kita semua nakkk.. “
” Ehemm nampak gaya ade yg langkah bendul ni org tua kata haha… Sepadan sgt dua2, comel je… Moga cess dan zarif dipercepatkn kesembuhan.. Aamiin.. “
” Amboi papa macam da berkenan jek tu, handsome budak ni.. Nampak la dia ikhlas berkawan dengan semua anak-anak papa.. “
” Ces takyah pusing2 lagi dh.. Yg ni dh cukup perfect dh.. Jiran pulak tu.. Nanti boleh buka konopi dari rumah cess sampai rumah zaref.. Kami semua akan dtg.. Jannnjiiii.. “
” Ya Allah papa.. Rezeki btul Cess takyah usaha rezeki dh ada dpn mata.. Helok plk tu.. Papa. Part 2 .. Lagu background tukar Korea.. Full house.. Haha.. “
Perkongsian ini sekali lagi mencuri perhatian warganet yang terharu melihat keakraban persahabatan antara Zareef dan Qadejah. Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa mereka berdua kelihatan sepadan dan tidak mustahil sekiranya ditakdirkan berjodoh suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG aliffsyukriterlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

