Artis / Selebriti
” Pada hari itu kita menerima berita, kita terpaksa accept selama-lamanya.. ” – Achey Bocey
Achey Bocey dedah apa yang berlaku kepada isterinya, Anne ketika malam semi final Muzikal Lawak Superstar 2022 yang ramai tak tahu. Anne sampai off handphone tak nak bagi Achey call, sebaknya dengar apa yang Achey ceritakan..
Setiap yang berkahwin pastinya mempunyai impian untuk memiliki zuriat sendiri. Namun tidak semua pasangan ditakdirkan untuk mempunyai cahaya mata dan ini adalah satu dugaan dan ujian untuk suami dan isteri. Begitu juga yang dialami oleh pelawak, Achey Bocey dan isterinya yang bernama Anne.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sembangseram, telah dikongsikan sedutan podcast yang menampilkan Achey sebagai tetamu podcast tersebut. Pada awalnya Achey berkongsi mengenai kata-kata orang yang mempersoalkan Achey terlalu memanjakan isterinya dengan barang kemas dan barangan mewah lain.
Kata Achey, isterinya yang banyak berkorban dari awal berkahwin dan sanggup mengadaikan semua barang kemas untuk Achey. Walaupun tanpa cahaya mata, mereka tetap bahagia. Menyentuh soal cahaya mata, ianya meruntun hati warganet kerana Achey menceritakan dugaan mereka berdua untuk mendapatkan zuriat.

Menurut Achey, pada malam semi final Muzikal Lawak Superstar 2022, Anne telah dimasukkan ke hospital. Kedua-dua tiub fallofio Anne terpaksa dibuang atas faktor keselamatan Anne. Part Achey bercerita ketika Anne menangis meminta maaf kepada Achey kerana tidak dapat memberikan anak paling menyentuh hati.
Jom tonton video di bawah :
@sembangseram Sebak sangat2 kisah Achey ni, memang kena standby tisu😭 #Sembangseram #AcheyBocey #AcheyKintangKintung #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast #Bocey #Ceritaseram #Ceritahantu
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Untung Anne.. rasanya Achey satu satunya suami yang hargai isteri berulang kali.. isteri achey adalah satu satu nya isteri yang taat pada suami.. “
” Ya Allah menitik airmata ku… Semoga dipermudahkan perjalanan isteri achey… Semoga allah makbulkan doa isteri achey.. “
” Nur hasanah binti yahya moga kamu menjadi bidadari di dalam syurga bersama achey.. bkn sweet, tp menghargaii Dan sentiasa bersyukurr.. “
” Rezeki isteri achey dpt suami mcm achey yang MENGHARGAI DAN SENTIASA MELINDUNGI isterinya..tak kira apa situasi isteri tu.. “
” Dalam ramai2 pelawak .. dia ni je saya tgk sgt2 sederhana sikap dia .. Dari dulu sampai sekarang.. Suami yg btl2 tahu erti syukur..moga achey dgn isteri kekal je jannah.. “
” Dengar cerita achey bercampur campur emosi… Semoga achey dan isteri sentiasa dalam lindungan ALLAH… Aamiin.. “
” Lelaki yg tahu apa itu erti menghargai. Xramai sejenes manusia camni… Ramai isteri dah berkorban segalanya pon masih xmencukupi.. “
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Cuma Achey dan Anne yang mengerti dan merasai keperitan dan kepedihannya. Apa-apa pun, Allah pasti ada rancangan yang hebat untuk Achey dan Anne dan kami mendoakan agar kehidupan pasangan ini sentiasa dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sembangseram, IG Anne Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

