Artis / Selebriti
” Paling rare letak dalam talam je. Classic and so classy hantaran primadona.. ” – Komen Netizen
Video dan gambar talam hantaran dan pokok ufti 24 dinar mas kahwin yang merupakan kejutan daripada Ezwan Zain untuk Erra Fazira raih perhatian ramai. Wah lain daripada yang lain, sangat istimewa dan serba mewah..
Majlis ijab dan qabul Erra Fazira dan Ezwan Zain yang berlangsung pagi tadi masih menjadi perbualan ramai. Ezwan memberikan satu kejutan untuk Erra apabila menyediakan mas kahwin berbentuk pokok ufti emas yang mengandungi 24 dinar emas.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Era, telah dikongsikan sekeping gambar dan satu video yang memaparkan paparan secara dekat pokok ufti 24 dinar emas itu. Laksana pokok emas zaman dahulu kala, ianya sesuatu yang unik daripada Ezwan untuk Erra.
Video barang hantaran Erra dan Ezwan juga turut dimuatnaik untuk tatapan warganet. Sebagaimana yang Erra katakan terdahulu, tiada dulang boy atau pun bridesmaid yang akan membawa barang hantaran mereka. Cukup simple dan Erra meminta untuk diletakkan hantaran kedua-dua pihak dalam satu talam.

Melihat barang yang ada dalam talam tersebut membuatkan warganet teruja. Sepersalinan barang kemas, sebuah handbag, jam tangan serta kasut kelihatan disusun kemas. Bukan biasa-biasa barangannya, semuanya berjenama mewah dan ada nilainya tersendiri.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Classic and so classy. Niceee, pandai2 la ye kira nilai berapa RM sepokok tu. Alhamdulillah cantiknyaa.. sesuai dgn seorg PRIMADONA.. “
” Cantiknyaa mewah betul. wow ini yang Erra kata hantaran setalam tu.. Classy dan elegen sgt dulang hantaran sesuailah dgn title primadona Erra Fazira.. “
” Dorang satukan hantaran semua dalam satu talam.. simple senang letak je dalam dulang memang terbaik thaniah pasangan pengantin baru.. “
” Wow meletop lah hantaran Erra Ezwan ni.. 2 berbalas 3 nmpk sikit tp harga nya xmurah ye UTK setiap barangan nya.. that Cartier, fuh.. seram tengok.. Impian setiap wanita ni.. “
” Paling rare letak dalam talam je. Meriah betul yaa barang atas dulang tu.. Cantiknya handbag Erra, betul lah mr E kata tengok handbag tu terus terbayang Erra.. “
” The real talam.. Wah jam Cartier Santos.. Pergh LV keepall 25, Angels share by kilian.. Classy betoi hantaran primdona ni.. mmg esklusif.. “
” Beg tu… memang tak sangka itu pilihan erra. Wow… memang diri dia betul.. Handbag favourite Erra.. macam best je cara macam ni letak 1 talam.. rare.. “
Lain daripada yang lain, memang betul kata Ezwan dan Erra dalam podcast sebelum ini, talam hantaran mereka yang paling teruja untuk ditunjukkan. Barang yang mewah dan pilihan terbaik untuk Erra dan Ezwan. Hantaran wow, pokok bunga mas pun eksklusif hanya untuk primadona tercinta.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

