Artis / Selebriti
” Paling tak suka lelaki macam ni. Not my taste.. ” – Netizen
Suami Faezah Elai, Heykal Hanafiah Bidas Kecam4n Seorang Netizen Tentang Aksi Lakonan Spontan Balik Raya Mereka Sekeluarga. Power Betul Ayat Tuan Pengarah. Plastik Sayur Pun Jadi Isu, Sila Hadam Yer Cik Kak !!
Keluarga pengarah terkenal Heykal Hanafiah dan pasangannya pelakon Faezah Elai sememangnya low profile. Heykal adalah antara pengarah yang hebat, antaranya drama yang terbaru Nasi Kerabu Buat Che Abe. Manakala Faezah Elai lebih banyak menumpukan perhatian kepada keluarga buat masa ini.
Baru-baru ini mereka sekeluarga menghasilkan satu video semasa PKP yang berkisarkan tentang lar4ngan rentasan negeri dan tidak boleh pulang beraya ke kampung yang menghiburkan. Lakonan mereka sekeluarga itu mendapat perhatian ramai peminat kerana semuanya pandai berlakon dan sangat sporting.
Susulan dari arahan terkini yang memberikan kebenaran untuk merentas negeri, Heykal dan Faezah membuat sambungan daripada video pertama yang menunjukkan aksi mereka teruja dan terus berlari menaiki kenderaan untuk pulang ke kampung. Gelagat kelakar mereka ini sangat mencuit hati.

Menerusi akaun Instagram, Heykal Hanafiah telah berkongsikan satu paparan komen daripada seorang netizen yang memberi kec4man terhadap lakonannya dalam video balik kampung bersama keluarganya itu. Siapa sangka semua itu hanya lakonan, tetapi masih ada yang menganggap itu ser1us. Heykal lantas memberikan respon balasnya yang padu. Fuh boleh berasap telinga !!
Jom baca perkongsian di bawah :




Perkongsian ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :
” Tanye dia betul-betul ye ke not my taste !! Tak0t dh jumpa depan-depan taste ter0k nanti.. “
” Pembaris sgt … alolololo … bakpe gitu … abe faizul mana .. “
” Takku pinta pun utk jadi lelaki yang ditaste olehmu WAAKAKAKA !! “
” Dia perasan eh plastik tu.. aku tk perasan pon, best what, ulang ulang aku tgok.. “
” Hidup lurus bend0l tu atau dia sekadar nk makrketing diri dia tumpang pengarah popularr.. “
” Dh nama pn sekadar lakonan untk hiburan.. Bukan keadaan sbnar.. “
” Aduiiiiu.. itu pn jdi isu ke… dh tahu sekadar lakonan.. kita pn tengok sampai sak1t perut weyyy… brulng-ulang tngok. lucu tngok family spoting mcm nie.. “
” Aduhhhhh org buat video suka-suka je kot.. yg serious sgt tu dah kenapa.. “
” Sampai lagutu dia. melawak pun tak boleh.. “
Alahai awal sangat ni menghuk0m hanya melihat tidak membaca. Nama pun lakonan spontan dan bersahaja, pasti lah sekadar untuk hiburan semata-mata. Mujurlah Heykal memberi respon sikit punya lembut untuk peringatan. Apa pun, lakonan Heykal sekeluarga sememangnya menghiburkan dan menimbulkan mood balik kampung pada semua peminat. Teruskan menghasilkan karya-karya untuk menghiburkan semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Heykal hanafiah, IG Faezah Elai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

