Artis / Selebriti
” Pandainya Aafiyah, 6 tahun dah lancar dan hafal hadis.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah menyampaikan sebuah hadis dan maksudnya dalam bahasa Inggeris raih pujian ramai. Wah hebat lah Aafiyah, kecil-kecil lagi dah tahu hadis. Sedap dengar Aafiyah speaking..
Baru sahaja semalam Dato’ Seri Siti Nurhaliza berkongsikan gambar hari graduasi anak sulungnya, Siti Aafiyah. Aafiyah bersekolah di Brainy Bunch International Islamic Montessori dan kini berusia 6 tahun. Anak yang aktif dan bijak, Aafiyah seringkali menjadi perhatian ramai.
Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Sitizoner, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aafiyah memperdengarkan bacaan hadis 1 tentang mengasihi sesama saudara Islam. Aafiyah bercerita dalam bahasa Inggeris dan sebutannya cukup lancar.
Ramai yang memuji kepandaian Aafiyah dan kebolehannya menghafal. Warganet juga memuji cara DS Siti dan DS Khalid mendidik Aafiyah. Walaupun kaya dan jutawan, namun pasangan ini tetap mahukan anak-anak mereka seimbang ilmu dunia dan akhirat sebagai pegangan hidup.

Aafiyah yang kelihatan sentiasa mengukir senyuman dari awal sehingga ke akhir bacaan hadis itu menenangkan hati semua yang menonton video itu. Saling tak tumpah seperti gaya ibunya, DS Siti. Cara Aafiyah memegang microphone juga sama seperti cara DS Siti.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@sitizoner
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wah anak pandai hadis.. ibunya pandai menyanyi.. berbeza cara dato Siti asuh anak-anak.. terbaik tokti.. semoga aafiyah berjaya dunia dan akhirat.. “
” Pandai umur 6 tahun dah hafal baca hadis lancar Aafiah anak bijak cantik semuga berjaya dunia akhirat.. “
” Bagusnya boleh dijadikan contoh.. Bijaknya Aafiyah ni, alhamdulillah. terbaik didikan dato siti. semoga aafiyah menjadi ank yg solehah.. “
” Anak bijak asuhan dari ibubapa yang baik. Aafiyah mudah mengaji.. lancar baca doa.. Aafiyah calon ank solehah.. Aafiyah bijak.. tahniah Aafiyah.. tahniah dato’Siti.. sy bangga dgn Siti Aafiyah.. “
” Dah cantik, bijak pulak tu. Sebijak dan secantik ibunya.. Alhamdulillah, tahniah Aafiyah.. semoga cemerlang dunia dan akhirat.. “
” Trbaik Aafiyah.. smoga mjadi anak yg sholehah brjya dunia akhirat, , yg taat dan menyayangi dan menghormati kedua ibu bapa, berguna kepada bangsa dan negara.. “
” Alhamdulillah pandainya Aafiyah.. dia senyum je macam gaya ibu dia.. Syabas Aafiyah.. semoga terus cemerlang dan menjadi muslimat yang berilmu.. “
Alhamdulillah sejuk perut DS Siti ada anak sebijak dan solehah seperti Aafiyah. Berkat ajaran para guru di sekolah dan asuhan DS Siti dan DS Khalid, Aafiyah boleh menjadi seperti sekarang. Insha Allah jika Aafiyah terus istiqamah, boleh menjadi seorang yang berguna kepada agama dan bangsa.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siti Zoner
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

