Artis / Selebriti
” Pandainya Aafiyah dan Afwa buat roti untuk ibu. Geram tengok gelagat dua beradik ni.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Aafiyah Dan Afwa Selepas Membuat Roti Bakar Untuk Ibu Mereka Buat Ramai Terhibur. Amboi Comelnya Dua Beradik Ni Letak Tisu Atas Tangan Macam Tu. Afwa Pula Asyik Ikut Je Aafiyah Cakap, Hehe !!
Keletah comel anak-anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sering mendapat perhatian ramai. Kedua-dua adik beradik itu selalu mencuit hati peminat dengan aksi bersahaja dan comel mereka. Meninjau perkongsian terbaru di akaun Instagram muhdafwakhalid, telah dimuatnaik video Aafiyah dan Afwa menjadi chef.
Menerusi video tersebut, kedengaran suara DS Siti memberitahu yang dirinya mempunyai dua orang chef di rumahnya dan bertanya tentang masakan mereka. Aafiyah kemudian memberitahu dia dan Afwa telah menyediakan roti bakar istimewa buat ibu mereka.
Paling comel, Afwa juga turut bersama-sama mengikut apa yang dikata oleh kakaknya. Bagi menghargai usaha anak-anak, DS Siti kemudiannya memuji roti bakar yang dibuat oleh Aafiyah dan Afwa tersebut nampak sedap serta mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian peminat-peminat Aafiyah dan Afwa. Ramai yang mengatakan geram mendengar celoteh Afwa yang kini sudah petah bercakap. Sehingga kini, video tersebut menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dan menyukai video Aafiyah dan Afwa ini, serta pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Geram tengok gelagat dua beradik ni. Senyuman Chef Afwa, diabetes jadiknya roti, haha comel betul lahaiiii.. “
” Ala geramnye dgn chef dua2 ni.. Afwaaaaaa Aafiyaaaah kenapa comel sangat.. Dah sediakan makanan untuk ibu, cepatnya besar.. “
” Main pondok2 masak untuk ibu ke tuuuu.. Wow Muhammad Afwa happy bersama kakak Siti Aafiyah bijak.. Manis je afwa senyum comel sangat.. “
” MasyaAllah bijaknya chef cilik ni, huhu siap buat gaya chef lagi tu.. Pandai lah dua beradik ni.. Moga jadi anak yang baik2.. “
” Elelele Afwa pemalu rupanya.. Bila dia senyummmmm manissnya.. Afwa betul2 ikut wajah ayahnya.. Aafiyah versi ibu.. “
” Cutenya dua beradiknya, rajin lah buatkan roti utk ibu.. So happy kan bila ibu puji cakap sedap.. Hehee.. Kita tengok pun senyum2.. “
” Alhamdulillah, pandainya Aafiyah dan Afwa buat roti untuk ibu.. Semoga Afwa dan Aafiyah menjadi anak yang soleh dan solehah.. “
Bagi sesetengah ibu bapa, mungkin pujian ringkas untuk anak-anak nampak remeh tetapi sebenarnya memberi impak yang besar kepada mereka. Mereka akan lebih bersemangat untuk terus menjadi kreatif pada masa akan datang. Semoga Aafiyah dan Afwa terus membesar menjadi anak yang baik dan berjaya dalam apa juga bidang yang mereka ceburi nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

