Artis / Selebriti
” Pandainya dia, sebelum tidur belajar zikir. Anak solehah betul lah Fatima ni.. ” – Netizen
Video Anak Nur Fazura, Nur Fatima Aisya Mengalunkan Zikir Sebelum Tidur Raih Perhatian Warganet. Alahai Comelnya Dengar Suara Nyamma Zikir. Anak Solehah Mummy Dan Daddy !!
Sejak dilahirkan lagi anak pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya memang sering menjadi perhatian ramai. Sehingga ke hari ini ramai yang sentiasa menanti video mahupun gambar terbaru Fatima dimuatnaik di akaun Instagram.
Menerusi sebuah video baru yang dimuatnaik di Instagram milik fattzuralovelife, telah dipaparkan Fatima sedang baring di atas katil sambil menonton lagu zikir versi kanak- kanak. Kelihatan Fatima berusaha menyebut setiap alunan zikir yang didengarnya.
Manakala di ruangan kapsyen ditulis video ini dirakam sebelum Fatima tidur dengan sendirinya. Perkongsian video ini sekali lagi menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan Fatima seorang anak yang bijak kerana sudah pandai berzikir dan memuji cara didikan Fazura serta Fattah terhadap Fatima.

Sehingga kini, video baru Fatima menerima ribuan tanda suka sejak ia dimautnaik ke akaun Instagram. Alahai comel sungguh suara Fatima berzikir. Lagi-lagi part menyebut ‘La Ilaha Illallah ‘ . Bagus Fazura dan Fattah ajar Fatima dengan zikir. Bak kata pepatah ‘ melentur buluh biarlah daripada rebungnya ‘ .
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji Fatima seorang anak yang bijak. Antara komen-komen warganet adalah :
” Pandainya dia, sebelum tidur belajar zikir.. Alhamdulillah.. Anak solehah betul lah Fatima.. Suka tengok gelagat comel Fatima.. “
” MasyaAllah Alhamdulillah cantiknya Fatima disamping kecerdikannya. Semoga Fatima menjadi anak solehah dgn didikan Fattah Amin dan Fazura.. “
” Cerdiknya budak tecik nI.. kalau macam ni bukan Fatima je yang tertido.. Auntie yang dengar ni pun mahu terlelap gak kena dodoi.. “
” SubhanAllah, Nyamma puteri soleha.. Beruntung sungguh Fattah & Fazura dikurniakan bidadari kecil yang bakal membesar dan menjadi puteri yang solehah.. “
” MasyaAllah tabarakallah.. Bagusnya Nyamma, sejuk je tengok Nyama zikir.. Moga2 membesar menjadi anak yang solehah ya sayang.. “
” Nyamma kenapa cute sgt ek.. Kiter geram tau tengok gelagat awk. Makin besar makin cantik dan cerdik lah dia.. MasyaAllah.. “
” MasyaAllah.. Tabarakallah.. Alhamdulillah pandainya Fatima.. Semoga Fatima anak solehah yang cerdik peramah penyayang dan intelligent Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin.. “
Pejam celik, pejam celik, sekejap betul rasa masa berlalu, Fatima kini sudah berusia 3 tahun. Fatima juga mempunyai ramai peminat seperti Fazura dan Fattah. Apa-apa pun semoga Fatima terus menjadi anak yang solehah serta penyejuk hati buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



