Artis / Selebriti
” Part daddy dia kemain menjiwai tarian Lala tu ye.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Nur Khawla Soleha ketika menonton persembahan Ernie Zakri dan Syamel ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik di kaca TV buat ramai terhibur. Amboi Lala, siap dengan gaya dan mimik muka lagi. Dah boleh jadi penari latar mummy dan daddy ni..
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Lala World, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat anak Ernie Zakri dan Syamel iaitu Nur Khawla Soleha ketika menonton persembahan mereka di pentas separuh akhir Muzik-Muzik telah membuatkan ramai terhibur.
Pasangan suami isteri ini berjaya mempertaruhkan lagu mereka untuk mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu pada tahun ini. Di awal video dipaparkan gelagat Lala ketika melihat persembahan ibunya, manakala di akhir video pula memaparkan gelagat Lala ketika melihat persembahan bapanya.
Lala memberikan reaksi yang berbeza untuk persembahan Ernie dan Syamel. Ketika Ernie menyanyi, Lala juga turut sama menyanyi. Manakala ketika Syamel menyanyi, Lala pula menari. Paling comel apabila melihat mimik muka Lala ketika menari, nampak menjiwai sangat.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Lala sangat memberikan sokongan kepada ibu dan bapanya. Itu baru menonton di depan kaca televisyen. Kalau di hadapan pentas, bagaimana pula reaksi Lala agaknya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@khawlalafns kemain ek lala HAHAHAHHA comel je support abu dgn daddy smlm geram tngok 😭🤣 📸syamel,ernie #syamel #erniezakri #syamelernie #khawlasoleha #fyp
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat gelagat comel Lala. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Lala ni bijak sgt.. mesti family ramai ni buat akal dia mcm2 . Lala diva sebenar.. lala will debut as kpop gen 10.. syamel dah ada dancer untk ajl nnti.. hahaha.. “
” Lagu ibu best laa opah suka dgr.. masya Allah lala comey sgt awak ni.. Sumpah macam diva.. mmg acuan syamel dgn nini.. “
” Hahahahahah comel nyeeee and tak yah role mata hahahaha cutee.. comelnya anak abu nyanyi.. reaction die dgr lagu daddy die sebijik syamel.. “
” Elehh, lala taknak pecah rahsia ke yg abuu miming je semalam? .. Lagi 10 tahun: Syamel, Ernie dan Khawla masing2 bertanding kat SMFF.. “
” Final nanti minta lala ganti abu la.. she lagi diva dari abu.. mmg acuan syamel dan nini.. comelnya anak abu ini.. ada bakat.. “
” Comel dan bijak lala ni.. dah nama pun anak artis.. memang berbakat macam ibu dan ayah dia.. part mimik muka tu tkleh blahh.. “
” Wei, gaya dia macam abu dia lah.. haha.. peminat setia ibu dan daddy ni.. haha.. ni kalau ada depan mesti dia nak naik pentas.. “
Kalau sudah namanya anak kepada penyanyi, pastinya Lala juga berbakat seperti ibu dan bapanya. Walaupun Lala masih kecil, Lala sangat memahami pekerjaan ibu dan bapanya. Kami di Berita Kopak mengucapkan semoga berjaya buat Syamel dan Ernie. All the best..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Lalaworld
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

