Artis / Selebriti
” Penyabarnya, kalau kita ni dah jadi Godzilla dekat situ, haha.. ” – Komen Netizen
Isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri kongsi video di sebalik tabir yang berlaku ketika dia sedang merekod video content. Bukan mudah seorang ibu nak menjadi content creator apabila ada anak kecil bersama. Nasib baik Fazeera ni penyabar orangnya..
Isteri aktor terkenal Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri merupakan seorang pensyarah di University College of Aviation Malaysia. Sebagai seorang isteri, ibu dan pensyarah, masa Fazeera sangat padat dan ianya digunakan dengan sebaiknya oleh ibu kepada 2 orang puteri ini.
Selain kerja hakikinya, Fazeera juga aktif di laman sosial sebagai content creator. Banyak menghasilkan video-video berbentuk motivasi, kata-kata positif Fazeera dikagumi oleh ramai warganet. Cara percakapannya juga menarik didengar dan sebutannya juga sangat jelas.
Namun di sebalik video-video tersebut, banyak kejadian yang terjadi sebelum terhasilnya video yang sempurna. Meninjau entry di akaun Instagram Fazeera Nazri, telah dikongsikan di sebalik tabir apa yang terjadi ketika Fazeera merakamkan salah satu video motivasinya.

Satu demi satu cabaran datang lebih-lebih lagi si kecil Khaleeda ada bersama. Khaleeda pula budak yang aktif dan ada sahaja benda yang ingin dilakukannya. Sedang Fazeera bercakap, ucapannya terhenti kerana Khaleeda. Bukan sekali tetapi ianya berulang kali terjadi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Faham… sabar jela.. haha hanya ibu sahaja yg tahu.. Penyabar nye, kalau kite ni dah jadi godzila dekat situ haha.. “
” Betul-betul berada di dalam ketakutan tu hhahahaha.. hai lah anak.. penyabarnya lah faz ni.. “
” Kenyataannya, struggle betul nak siapkan satu video yang sempurna.. Muka bapak dah ketakutan jadi sasaran.. “
” Faham sangat haha.. betul penyabar ni… kalau aku 2 ke 3 hari nanti lah sambung rekod video.. spoil mood.. “
Sebagaimana positifnya Fazeera dalam setiap videonya, begitu jugalah sikapnya di luar kamera. Jika orang lain, tentu boleh kurang sabar apabila kerja terganggu dengan perangai anak. Fazeera masih boleh bercakap dengan tenang dan ramai yang memuji kesabaran Fazeera itu.

Itu lah keadaannya apabila berkerja sambil menjaga anak. Tak mudah tetapi ianya boleh dilakukan dengan sedikit kesabaran dalam diri. Apa-apa pun, semoga Fazeera terus success dalam kerjaya dan pengajiannya serta menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fezyranesry
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

