Artis / Selebriti
” Power lah Bell kau mengaji. Idola ter0k.. ” – Netizen
Video Bell Ngasri Mengaji Al-Quran Dapat Pujian Ramai. Wahhh.. Hebat Bacaan Bell Walaupun Sempat Lagi Melawak !!
Pelakon dan pelawak terkenal, Bell Ngasri membina kerjayanya sejak masih kanak-kanak lagi. Beliau bersama adik-beradiknya iaitu Darling Ngasri dan Anne Ngasri turut menjadi pelakon dan model iklan sejak kecil sekitar tahun 90an.
Namun kini hanya Bell sahaja mengecap populariti sehingga hari ini. Beliau gemar membuat lawak secara spontan dan lawak-lawak beliau sangat diterima oleh masyarakat. Bell banyak menyertai pertandingan lawak seperti Maharaja Lawak Mega.
Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang seni, beliau pernah memenangi Aktor Pembantu Terbaik dalam Anugerah Skrin 1998 dalam telefilem berjudul Pa’e. Walaupun kini usia Bell mencecah 40 tahun, beliau masih kekal awet muda seperti dulu.

Menerusi akaun Instagram, Bell berkongsi videonya mengaji di dalam program Sahabat Ramadhan yang disiarkan di saluran Astro Oasis. Bell lengkap berserban mampu membaca Al-Quran dengan lancar dan mendapat pujian ramai. Terbaik lah Bell !!
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen memuji bacaan Al-Quran Bell. Antara komen-komen mereka :
” Syukur Alhamdulillah, terbaik Bell aku bangga dgn hang.. “
” Tak sangka, dulu edar plastik hitam tepi sungai, Alhamdulillah.. “
” Power la Bell ko ngaji . idola ter0k. petang ni jangan bantai mee ah hok dah ok.. “
” Power, respek… Yak yak yeay. Jangan bedal mi ah hok.. “
” Wow! Fuuuyoooh.. Hebat bacaan Bell! Tahniah! Tak sangka selain pandai berlakon & berlawak, pandai mengaji juga iya.. Gaya pun dah ada tu cam Encik Arab.. Keep it up! “
” Alhamdulillah.. Truskn Bell. Smpt lg mlawak yer.. “
Terbaik Bell, dalam melawak namun bab mengaji tetap bagus. Inilah yang kita mahukan dan patut kita contohi. Semoga Bell terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi terutamanya dalam bidang industri hiburan tanah air. All the best !!

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

