Artis / Selebriti
” Prewedding ke ni Bella. Tak lama dah bau nasi minyak, yahoo.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah sedang photoshoot bersama YB Syed Saddiq buat peminat teruja. Wah dah macam photoshoot untuk pre-weeding lah. Bella punya pantun pun bukan main sweet lagi. Lain macam sangat ni, hehe..
Kisah percintaan antara penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq, sering menjadi perhatian ramai. Hubungan yang terjalin antara dua figura terkenal ini mencuri tumpuan warganet. Setiap kemunculan mereka bersama, sama ada di acara rasmi mahupun yang dikongsikan menerusi media sosial, pastinya mencetuskan pelbagai reaksi dan perbualan hangat di kalangan peminat.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram milik Bella sendiri, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Bella bersama YB Saddiq sedang menjalani sesi penggambaran. Menerusi video tersebut, kedua-duanya tampil cantik dan segak mengenakan pakaian sedondon, sekali gus menyerlahkan keserasian yang membuatkan ramai yang menyukai perkongsian berkenaan.
Penampilan Bella dan YB Syed Saddiq itu mengundang perhatian dan ramai yang memuji kemesraan serta keserasian yang ditampilkan. Ada yang menyifatkan mereka kelihatan sangat sepadan dan saling melengkapi antara satu sama lain, sekali gus menambahkan lagi keterujaan peminat yang mengikuti perkembangan hubungan mereka.

Di ruang kapsyen pula, Bella turut menitipkan serangkap pantun yang secara tidak langsung mencuri perhatian warganet di ruangan komen. Pantun tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dan ada netizen berseloroh mengatakan video itu kelihatan seperti sesi penggambaran pra-perkahwinan pasangan berkenaan.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Prewedding ke ni Bella, hehe.. Kompang di palu, pengantin baru.. Tak lama dah bau nasi minyakkkkk, yahoooo.. “
” Biar senang puyuh berlari.. Telur disarang diambil jangan.. Muka Bella berseri seri.. Senyum YB goda perasaan.. “
” Eeeik kenapa pula aku yang blushing.. Entah kenapa, hati terasa hari bahagia pasangan ini tidak lama lagi.. “
” The love is so evident from YBSS.. the look never lies. My most favorite couple currently in the whole world.. “
” Aalololo.. Dh nape aku yg tersengeh sengeh ni.. Semua auto pndai pntun trus.. Sweettt sgt2.. Semut berkawad satu satu horaa hoorayyy.. “
” Cepatlahh tawennnn . Meronta² nak menjeritt tgk sweet sungguhhh.. Tanam pinang rapat rapat, hey cepattt ttttttt.. “
” Wahhhh semua tnjuk bakat berpantun, meriahh.. By the way senyum sorg2 kita plak yg blushing, hahaa.. “
Kisah percintaan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq terus menjadi topik perbualan kerana keperibadian serta pendekatan mereka yang sederhana dan beradab. Sama ada hubungan ini akan melangkah ke fasa seterusnya atau sebaliknya, ramai yang mendoakan agar kedua-duanya terus bahagia serta berjaya dalam bidang masing-masing.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bellaastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

