Artis / Selebriti
” Puteri kecil tu dah pandai pandang kamera lah, cute.. ” – Netizen
YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustaman Kongsi Gambar Raya Bersama Keluarga. Namun Wajah Anak Kecilnya, Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Comelnya !!
Sedia umum tahu bahawa isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustaman telah selamat melahirkan cahaya mata keempat iaitu seorang puteri pada bulan April lalu.
Sempena Hari Raya Aidiladha semalam, Che’ Puan Besar Khaleeda turut berkongsi gambar raya keluarga di akaun Instagram rasminya. Perkongsian gambar itu telah mencur1 perhatian ramai kerana ini adalah pertama kali, Che’ Puan Besar Khaleeda berkongsi wajah puteri kecilnya iaitu Tunku Zahrah Zarith Aziyah buat tatapan umum.
Menerusi gambar tersebut, kelihatan puteri sulung Che’ Puan Besar Khaleeda iaitu YAM Tunku Khalsom cantik mengenakan baju kurung, manakala YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim segak mengenakan baju melayu teluk belanga.

Hingga kini, perkongsian gambar raya oleh Che’ Puan Besar Khaleeda itu telah mendapat 90,788 tanda suka dan seribu lebih komen daripada warganet. Alahai, cantik dan segak melihat puteri-puteri dan putera-putera Che’ Puan Khaleeda.
Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai turut memberikan kata ucapan selamat hari raya kepada keluarga DiRaja Johor ini dan memuji kecomelan puteri kecil Tunku Zahrah Zarith Aziyah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Salam aidiladha CP Besar Khaleeda dan keluarga. Halah, baby c0py paste kakak Lily, comel betul.. “
“Selamat hari raya. Alalala puteri kecil tu dah pandai pandang kamera lah. Comel, pertama kali dapat tatap wajah baby baru Che Puan.. “
” Amboi segak bergaya betul anak-anak teruna. Semuanya comel lah, manis-manis mukanya macam bonda mereka.. “
” So cute lah gambar ni. Comelnya baby Che Puan, dah besar pun yer dia. Selamat hari raya buat Che Puan Khaleeda dan TMJ.. “
” Happy Eid Adha Mubarak to you and your family, have a great Hari Raya. So cute yang kecil tu, muka mummy betul ni.. “
” So colourful cantik Che Puan as usual . Salam Aidiladha, Che Puan sekeluarga. Cantik comel anak anak, ger4m tengok baby tu.. “
” Salam aidiladha buat Che Puan dan family. Alahh alahhh, kiutnyer baby dan picture yg cantikkkk sangatttt.. “

Comel lah puteri kecil Che’ Puan Besar Khaleeda, dah 3 bulan usia Tunku Zahrah Zarith Aziyah. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat Che’ Puan Besar Khaleeda sekeluarga.

Silakan SHARE…
Sumber : IG YAM Che’ Puan Besar Khaleeda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

