Artis / Selebriti
” Rasa terpacak semua depan TV dengar azan semerdu ni.. ” – Netizen
Video Alunan Azan Oleh Abang Kedua Amir The Chosen One, Shaidin Sisi Menyentuh Hati Ramai. Wah Mendayu-Dayu Sungguh Suara Shaidin Ni. Dengan Pemandangan Air Sungai Dan Hutan, Sesuai Sangat Untuk Video Azan Di Kaca TV !!
Hari demi hari, populariti adik Amir daripada rancangan realiti The Chosen One semakin meningkat. Saban minggu, Amir berjaya meraih tempat di hati juri dan juga penonton. Selain Amir, adik beradiknya yang lain juga memiliki suara yang merdu.
Meninjau akaun Tiktok Termoj Production, telah dikongsikan satu video yang memaparkan abang kedua Amir iaitu Shaidin Sisi mengalunkan laungan azan. Team Termoj memang banyak membuat video-video anak murid orang Asli yang mereka ajari di SK Kemar ini.
Mendengar akan suara abang Amir ini, ramai yang memberikan pujian. Sama seperti Amir, Shaidin juga memiliki auranya yang tersendiri. Lenggok laungan azan Shaidin ini ditambah lagi dengan videografi yang dipaparkan membuatkan video azan ini tidak jemu ditonton.

Malah di kalangan warganet juga mengharapkan agar ada pihak stesen televisyen yang mahu menggunakan video azan Shaidin ini ditayangkan di kaca televisyen. Sebegini merdu suaranya, beruntung ibu dan ayah Amir kerana anak-anaknya semua bersuara lunak.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video di bawah lambat keluar ) :
@termoj.production6 #amirsisi #diaridaripedalaman #termojproduction #thechosenone #berandafypシ #fypシ #fyp #astroceria #EvolusiBintangBaharu #adikamir #amirthechosenone
Sehingga kini, lebih 6000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Kira nya azrul abg 1st.. shaidin no 2.. no 3 amir.. Berbakat betul adik beradik Amir ni. Anugerah Allah.. ”
” Masya Allah merduunye suara Azan abg adek Amir ni.. harap tv boleh pkai suara azan ni.. rasa terpacak semua depan tv dengar azan semerdu ni.. ”
” Harap ade station tv yg ambil video klip ni utk siaran azan masuk waktu solat.. visual memang cantik, suara pn merdu.. Alhamdulillah, syabas kemarian.. ”
” Hebatnya… suara sedap.. videografi hebat.. tahniah kepada adik dan semua yg buat video ni.. tak puas dengar suara azan ni.. rasa terpanggil-panggil.. ”
” Merdunya suara dia, hebat adik beradik ni.. rsnya dia org adik beradik boleh tubuh kumpulam nasyid dah nie.. sedap semuanya suara dia org.. ”
” Semua dikurniakan anak-anak yang pandai dan suara yang sedap.. Suara tu bak buluh perindu.. lenggok suara tu tak semua orang dapat.. tu yang asli tu.. ”
” Merdunya azan yang berkumandang.. anugerah Allah.. adik bradik dia memang suara sdp2 ye… terima kasih cikgu sbb cikgu dah pamerkan bakat2 mereka.. ”
Betul-betul anugerah Allah untuk adik beradik Amir ini. Kelunakan suara dan lenggoknya memang mengusik hati. Mendayu-dayu alunan azan ini, sesuai benar dengan video pemandangan yang disajikan. Mana tahu ada stesen TV yang merisik untuk video azan ni nanti. Semoga ada rezeki untuk Shaidin dan team Termoj Production.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Termoj Production
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

