Artis / Selebriti
” Rasanya dorang tertukar ni. Dini masuk badan Janna, Janna masuk badan Dini, haha.. ” – Komen Netizen
Video Janna Nick Bersama suaminya, Dini Schatzmann pergi membeli barang dapur buat ramai terhibur. Ada yang kata macam dalam drama Korea, Secret Garden. Unpredictable sungguh masing-masing punya perangai. Lawak lah, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik pelakon Janna Nick, telah dikongsikan video yang memaparkan Janna bersama suami, Dini Schatzmann pergi membeli barang dapur. Kelihatan pasangan ini hanya menaiki sebuah motosikal jenis scooter dan Janna sendiri membonceng scooter tersebut.
Difahamkan video yang dirakamkan oleh pasangan ini adalah ketika mereka baru sahaja pulang dari jogging dan terus ke pasaraya berdekatan. Dari awal video lagi, kelihatan Janna serta Dini sudah mula ‘bergaduh manja’ kerana Dini tak berhenti-henti menyakat Janna.
Setelah berada di pasaraya tersebut, Dini hanya mengambil troli bersaiz kecil dan Janna mula membebel pada Dini. Telatah Janna dan Dini yang sibuk mencari barang mereka masing-masing mencuit hati kerana kedua-duanya tak nak mengalah ketika memberikan pendapat.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai. Ada peminat menyakat Janna dan Dini sudah seperti ‘tertukar’ gara-gara Janna dilihat begitu garang berbanding Dini. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@jannanickofficial masin sebab baru balik jogging. jangan fikir lain 🤣
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video oleh Janna pada kali ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Weh lawak tengok, rasanya dorang tertukar ni. Dini masuk badan Janna, Janna masuk badan Dini, haha.. Mengekek aku gelak tengok video ni tau.. “
“Asal tengok video dorang dua aduhh terhibur betul aku. Thanks Janna for always sharing the fun that you have with Dini, hehee.. “
” Takde ke anugerah couple paling comel.. Bagi la kt dorg ni hahahah so cutee.. Shopping groceries pun kiyootttttt sangat. Kat Eco Ardence ke ni Janna..”
” Dh mcm drama secret garden ja dh depa dua, hahahaa.. Lawak diorang unpredictable sungguh lah. Kadang2 aku seram nunggu video dorang nak sampai last tu, haha.. “
” HAGAHAGAHA rosak dah Dini lama lama tengok macam si Janna suami, Dini yang bini.. Lawak betul lahhhhh… Tq Janna share video kelakar selalu.. “
” Janna mcm bawak anak gi groceries.. Kelakar la gelagat Dini.. Haha aku suka betul negok video diorang bile aku down , terus jadi happy hahahahaha.. “
” Healing betol tgk korang. Takde rasa jeles pun. Lagi rasa mcm kita nk doakan baik2 semoga dpt mcm ni. Korang semoga berkekalan hingga jannah. Ameen.. “
Tak pernah tak kelakar pasangan suami isteri ini, ada sahaja telatah mereka membuatkan ramai tak kering gusi ketawa. Apa-apa pun, didoakan semoga Janna dan Dini terus hidup bahagia bersama serta rumahtangga mereka terus kekal abadi sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok jannanickofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

