Artis / Selebriti
” Risau jatuh dalam laut walaupun YB mahir berbasikal, hehe.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq membawa Bella Astillah menaiki basikal berdua di atas jambatan di Semporna, Sabah buat ramai teruja. Alahai nervous terus YB bawa Bella, terkial-kial dibuatnya. Nasib baik tak jatuh dalam air, hehe..
Selesai sahaja Bella Astillah dan YB Syed Saddiq di parlimen semalam, pasangan duta Primavalet itu terbang ke Semporna, Sabah pula untuk penggambaran mereka seterusnya. Banyak perkongsian menarik dari awal Bella dan Syed Saddiq sampai di Sabah dikongsikan di media sosial.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Primavalet dan Tiktok Stylefashionpv, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Bella dan Syed Saddiq. Bersarapan bersama sambil menikmati pemandangan lautan luas, ianya membuatkan ramai yang tersenyum-senyum melihat gelagat mereka berdua.
Tidak hanya itu, Syed Saddiq dan Bella juga berbasikal berdua di atas jambatan yang tersedia di chalet pulau tersebut. Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan Syed Saddiq berbasikal, malah Syed Saddiq juga digelar ironman oleh warganet.

Namun lain kejadiannya apabila perlu membawa Bella di belakang. Automatic Syed Saddiq terkial-kial menunggang basikal. Bella yang duduk di belakang hanya mampu ketawa. Kalau silap langkah boleh jatuh ke bawah sweet couple ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@stylefashionpv Vitamin Sea untuk semua pagi nie 😘 . @primavalet
Lebih 2000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Paling best tgk couple SS & Bella.. semua komen dlm socmed sgt menghiburkan tau. Dorg punya scene nmpk real. Couple no 1 tahun 2025.. “
” Dah macam tengah honeymoon la pulak.. boleh tak aku jadi air laut Semporna utk hari ni je…. aku nak jadi laut.. “
” Dia biasa bawak laju nak race.. ni nak race ke hati Bella je.. tu jadi awkward haha.. risau jatuh dlm laut walaupun yb mahir berbasikal hehe.. “
” Comel pulak YB naik basikal dgn Bella. Neves pulak tengok.. lagu tu mengingatkan pada 1 scene berbasikal dlm Full House.. “
“Dia maii dengan basikal pulak dah.. Amii kenapa YB bawa basikal macam tu.. risau pulak jatuh ke bawah tu.. “
” Eh eh kita pulak yang risau takut terbabas.. hati hati YB, jatuh air tu hehe.. terbaik la Bella.. walaupun takut2.. x der pun nk pegang2.. jaga maruah.. x tergedik2.. sama ngn YB.. “
” Biasa berbasikal sorang, kene bwk org blkg terus sengetkan hahha.. so sweet lah.. terlebih gula dah ni.. dengan aku sekali tersengih sengih sorang diri.. “
Semakin tersenyum lebar peminat Bella dan Syed Saddiq melihat perkongsian ini. Walaupun ini semua hanya lah content untuk Primavalet tetapi semua merasakan ianya seperti real sahaja. Apa-apa pun, semoga segala urusan Bella dan Syed Saddiq berjalan dengan lancar sepanjang berada di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Stylefashionpv
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

