Artis / Selebriti
” Salah satu doa saya Allah kabulkan tahun ni.. ” – Amira Othman
Amira Othman kongsi video moment-moment indah ketika berada di Tanah Suci. Komen Fattah Amin raih perhatian ramai. Komen reply Amira pun macam sesuatu, ehem ehem..
Sebagaimana semua sedia maklum, penyanyi dan pengacara, Amira Othman telah pergi untuk mengerjakan umrah. Rezeki Amira kerana dijemput menjadi tetamu Allah pada 10 malam terakhir Ramadhan. Ini adalah yang diidamkan oleh semua orang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Amira Othman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amira bersama rakan-rakan ketika berada di sana. Tulis Amira, ianya salah satu doanya yang Amira pohon daripada Allah. Amira teringin untuk merasai Ramadhan di Mekah dan Madinah.
Tanpa Amira duga, semua urusan untuknya ke Tanah Suci dipermudahkan oleh Allah untuknya. Dari urusan pembelian tiket, tempahan hotel dan penjadualan kerjanya, ianya seakan dimudahkan. Amira menganggap ini adalah jemputan Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Amira mengakui Tanah Suci adalah tempat yang paling tenang, miracle, barokah dan hebat. Sekali pun kota Mekah sentiasa ramai orang tetapi tetap ada ruang untuk kita duduk beribadat. Tumpang gembira warganet menonton video Amira itu dan turut merasai ketenangan di sana.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 46 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Seorang suka warna biru, seorang suka warna putih.. tahun depan boleh lah pergi umrah sama-sama.. “
” Kenapa aca sebak sangat tengok video ni eh.. Allahuakbar.. Sayang Amira.. Syukur alhamdulillah.. seronoknya. InsyaAllah yang baik2 saja untuk Kaklong.. “
” Alhamdulilah syukur. Bkn semua org dpt jemputan ini lgi2 di akhir 10 Ramadhan terakhir. Rezeki mira dijemput. Moga selepas ini rezeki akk pulak ke sana.Insya allah.miss u so much.. “
” Lagu ni.. Indah sungguh liriknya.. ku ingin syurga kerna ada kamu wahai Rasulullah.. sedapnya duk ulang2 dgr.. menangis sakit merindui nabiku. Semoga syurga jua buat buatmu amira.. “
” Kak long, kak long tau tak kiteorg kat malaysia ni ramai rinduuuu kat kak long. ternanti nanti update kat sane. Kak long sihat ke ek kat sne, kak long mcmne kat sane. Semoga yg baik2 je utk nadia amira othman kesayangan ramai ni.. “
” Alhamdulillah rezeki kak ya 10 malam terakhir ramadhan dekat sana, semoga saya dah family berpeluang untuk ke sana juga.. “
” MasyaAllah indah aturan Allah. semoga ada rezeki untuk kami juga.. Semoga yaa sentiasa dalam jagaan dan dakapan Allah. May one day i’ll be there too, InshaAllah.. “
Fattah turut meninggalkan komen dan ianya menarik perhatian ramai :

Sweet sungguh komen Fattah dan Amira itu, saling berbalas emoji love dan pastinya membuatkan peminat FattMira teruja. Tentunya semua tersenyum sendiri melihat komen Bang Long dan Kak Long ini. Apa-apa pun, semoga segalanya dipermudahkan untuk Fattah dan Amira.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

