Artis / Selebriti
” Saya cabar Dato’ makeupkan saya lebih cantik dari masa saya muda dahulu.. ” – Puan Zuraida
Video Dato’ Alha Alfa Sahut Cabaran Menyolek Seorang Wanita Berusia 50an Untuk Tampil Lebih Muda. Wow Hasilnya Buat Ramai Terpegun, Nampak Berbeza Sangat. Daripada Seorang Makcik Terus Bertukar Jadi Seorang Kakak. Cantik Sungguh, Dah Macam Usia 30an Je !!
Nama Dato’ Alha Alfa atau nama penuhnya, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil sudah tidak asing dalam industri hiburan kerana sering menjadi jurusolek pilihan selebriti popular tanah air. Dato’ Alha juga merupakan seorang usahawan kosmetik yang berjaya.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok Dato’ Alha telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Alha melakukan satu content misi mencari seorang wanita untuk disoleknya. Menerusi video itu, seorang pekerja Dato’ Alha berjumpa dua orang wanita yang usianya dalam lingkungan 50-an dan berlakon ingin meminjam wang sebanyak RM5 daripadanya.
Salah seorang wanita tersebut telah berjaya menjadi pilihan kerana dia adalah orang pertama memberikan wang RM5. Dikenali dengan nama Puan Zuraida, setelah mendapat tahu Dato’ Alha akan bersolek wajahnya, Puan Zuraida rasa begitu teruja.

Puan Zuraida turut berkongsi cerita, pada kali terakhir dia bersolek cantik adalah ketika dia berkahwin pada puluhan tahun dahulu. Malah Puan Zuraida mahu mencabar Dato’ Alha menyoleknya lebih cantik berbanding usianya ketika muda.
Tonton video di bawah ini :
@alhaalfaofficial haihh siapa la lagi sy nak terjah ni hehehehe..nantikan ok!! 🥰🥰😘😘 #dreammakeoverbyalhaalfa #makeupumur50an
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai hasil solekan oleh Dato’ Alha dan memuji penampilan Puan Zuraida. Antara komen-komen menarik adalah :
“Anak sy kata “tadi nenek pastu jadi kakak pulak”.. Betul² nampak muda lah.. Saya tengok pun teruja sangat.. “
” Besnya… Bertuah lah mak cik dapat makeup dri Dato… Cantik betuk… Terus nampak muda lah.. MasyaAllah.. “
” Wahhhhhh terus bertukar jadi muda.. Rezeki akak ni dapat solekan daripada Dato’ Alha.. Meletop habis lah.. “
” Wow amazing sgttttt.. Cantik sgt Dato makeup kakak ni.. Bestnya dapat guna full makeup dr products Dato.. “
” Perghhhh MCM anak Dara owhhh.. Syukur.. Alhamdulillah rzki akk.. Boleh trus g shoot lawa2 kak buh dlm frame.. “
” Terus reverse 30tahun kebelakang.. Tahniah dato, seronok akak tu dapat makeup cantik.. Kalau sya sayang nak basuh muka, hehe.. “
” Beza betul sebelum dan selepas.. Fuhhhh serius nampak muda terus akak ni.. Hehe daripada makcik terus jadi akak.. “
Wah terpegun Puan Zuraida melihat hasil solekan daripada Dato’ Alha. Kata Puan Zuraida, hasil solekan Dato’ Alha membuatkan dirinya lebih cantik daripada masa mudanya dahulu. Rezeki Puan Zuraida dapat hasil solekan daripada MUA terkenal. Tahniah Dato’ Alha !!

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok alhaalfaofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

