Artis / Selebriti
” Saya dengan abang saya tu, kami pernah tak berborak beberapa tahun tau. Jadi.. ” – Zaki Yamani
Video Zaki Yamani sekolahkan segelintir netizen yang suka membandingkan dirinya dan abangnya, Yamani Abdillah. Serius betul Zaki, kata-kata tu memang pedas sangat. Tak pernah nampak Zaki macam ni..
Dato’ Jamal Abdillah mempunyai 2 orang anak lelaki yang turut berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air. Zaki Yamani merupakan anak kedua Dato’ Jamal dan menjadi sebutan orang ramai. Anak sulungnya pula, Osama Yamani atau nama pentasnya, Yamani Abdillah juga aktif sebagai pemuzik dan penyanyi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok zaki.merrah.memories, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zaki memberikan sedikit teguran terhadap segelintir netizen yang suka membandingkan dirinya dan Yamani. Ianya satu persekitaran yang tidak sihat untuk mereka berdua.
Kata Zaki, banyak komen negatif yang mengatakan dirinya lebih pandai menyanyi berbanding abangnya itu. Keadaan itu menimbulkan ketidakpuasan hati pada Zaki kerana ianya sesuatu yang mampu membuatkan hubungan mereka menjadi renggang.

Tambah Zaki lagi, dia dan abangnya pernah tidak bercakap selama beberapa tahun gara-gara kata-kata netizen. Zaki tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Zaki turut memohon agar perkara ini segera dihentikan dan berharap semua dapat menjaga adab masing-masing.
Jom tonton video di bawah :
@zaki.merrah.memories Replying to @anna.beth970
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Allahhuakbar.. Zaki & abgnya Osama ada jer kelebihan & kekurangan masing2.. sbg peminat terimalah seadanya & doakan yg terbaik buat mereka.. “
” Terbaik mama & ayah besarkan zaki dgn adap…x mudah melenting. Bagus pemikiran zaki …jaga keluarga.. “
” Tu lah..bengang dgn org yg suka komen mmbanding².. “org ni lbih best, yg tu kureng..” amende le..Semua ada suara trsendiri, cara trsndiri anugerah Allah kut. Raikan je, respect lah kelebihan semua.. “
” Anak2 DJA baik2 jgn lah netizen mengapi2kan adk brdk diorg . diorg dh didik dgn baik.. beradap sikit bila Komen tu . semoga ank2 DJA sentiasa dilindungi Allah swt.. “
” Bagus zaki…jaga perasaan Abg Osama…wpon zaki tgh naik tp sbb sayang pd adik beradik…zaki sanggup ckp mcmni.. “
” Btl tu jawapan yg bijak. jgn komen yg x baik .mereka adik brdik.klu kita btl syg mereka .kita kena jga komen kita.. “
” Jangan cari perbezaan,carilah titik persamaan di antara mereka….. siapalah kita nak menilai keperibadian orang lain…. Suka tgk gandingan Zaki ngan abg dia Osama.. “
Betul apa yang dikatakan oleh Zaki itu, tidak perlu membandingkan suara Zaki dan Yamani. Mereka berdua ada kelebihan masing-masing. Semoga selepas ini, tidak ada lagi yang meninggalkan komen yang boleh meretakkan hubungan mereka adik beradik.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok zaki.merrah.memories
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

