Artis / Selebriti
” Saya mencadangkan agar jenama-jenama tisu mengambil peluang ini.. ” – Dr. Izzar
Posting Terbaru Dr. Izzar Mengenai Drama Baru Isterinya, Ummi Nazeera Buat Ramai Terhibur. Amboi Sempat Lagi Dr. Izzar Buat Marketing. Tak Pernah Tak Kelakar Lah, Haha !!
Bagi yang suka mengikuti suami pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr. Izzar Anwari di akaun Instagram miliknya pasti mengetahui yang Dr. Izzar sering berkongsi posting yang mencuit hati. Boleh dikatakan apa yang dimuatnaik oleh Dr. Izzar akan membuat ramai terhibur.
Terbaru, Dr.Izzar berkongsi satu posting yang memaparkan gambar Ummi sedang menangis. Dr. Izzar mengatakan tidak lama lagi drama Rindu Kasih 2 akan bersiaran dan pada bulan puasa nanti juga ada lagi drama terbaru lakonan Ummi bertemu para peminatnya.
Namun apa yang mencuit hati apabila Dr. Izzar berseloroh meminta jenama-jenama tisu melantik Ummi sebagai duta mereka kerana banyak drama lakonan Ummi membuatkan penonton menangis serta menggunakan banyak tisu untuk mengelap air mata.

Malah Dr. Izzar juga mencadangkan pengeluar tudung untuk menghasilkan tudung yang kalis air mata sebagai inovasi. Perkongsian ini sekali lagi mengundang tawa warganet. Ada yang mengatakan Dr. Izzar sekarang sudah pandai membuat pemasaran untuk Ummi.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Menerima ratusan komen di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan apa yang ditulis oleh Dr. Izzar. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Disebalik isteri yg berjaya ada suami yang tak jemu menyokong isterinya.. Tq Dr tak pernah tak menceriakan kami.. Mesti ketawa baca Dr tulis.. “
” Dr buat kje marketing plak.. Nii mesti nak isi masa2 kne sidai kan.. Paling tak tahan siap tag lagi brand2 tissue tu, hahaa.. “
” Yeay.. Nampaknya Dr dah bagi signal fundamental analysis untuk melabur di Bursa Malaysia syarikat yang kita boleh usha untuk duit raya, hahahaha terbaik.. “
” Duta make up pun boleh ni doc. Make up masih on point biar pun menagis penuh perasaan, hahaha.. Pandai lah Dr ni, otak memang geliga.. “
” Hahaha dr ni kalau kena kan wife mmg seronok ye, selalu post dr tak penah miss nak tgk.. Lepas buat statement ni. tak pikir ke lepas tu kene tido luar.. “
” Lain macam dia promote kali ni, hahahaa penat gelak baca.. Kena tag kimberly clark jg ni. Hahahaha apa2 pun terbaik lah dr.. “
” Nilah type suami yg kita mahu.. Tolong promote isteri utk dptkn job duta.. Di antara pelakon sya suka bab2 nangis memang semua Ummi Nazeera tapau.. “
Tak pernah tak kelakar posting Dr Izzar, selalu sahaja menceriakan warganet yang membacanya. Dr. Izzar turut tag beberapa jenama tisu. Apa-apa pun tidak dinafikan lakonan Ummi memang membawa kesan yang mendalam kerana Ummi sangat menjiwai watak yang diberikan kepadanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG izzar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



