Artis / Selebriti
” Saya mimpi ayah pesan jangan sedih.. ” – Putri Qisya
Anak sulung keluarga mangsa kemalangan Sungai Korok bercerita kisah bermimpi tentang pesanan ayahnya buat ramai tersentuh. Sebaknya dengar cerita Putri Qisya, tenang je Putri Qisya bercerita..
Pada malam Ahad, 6 Julai 2025, suami dan isteri bersama empat anak mereka dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah sekitar jam 5:30 pagi. Hari ini, 7 Julai 2025 segalanya terungkai apabila orang awam menemui sebuah kereta jenis Proton Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, Kampung Kemboja.
Semua enam mangsa ditemui dalam kereta tersebut terkorban. Satu-satunya yang terselamat ialah anak sulung mereka, Putri Qisya yang tidak mengikuti mereka kerana tinggal dengan neneknya. Putri Qisya, 12 tahun, menceritakan pengalaman mimpi yang menggerakkan hati.
Menurutnya, dalam mimpi tersebut, dia berada di atas paha bapanya, Muhammad Azim Izzat Ishak dan bapanya memberitahu supaya tetap tabah dan tidak bersedih. Kata Putri Qisya lagi bahawa mesej itu membuat hatinya rasa tenang walaupun duka tiba-tiba datang.

Pemergian secara tragis yang menimpa enam sekeluarga di Sungai Korok bukan sahaja menyentuh jiwa orang dewasa tetapi turut menggoreskan jiwa anak-anak kecil terutama Putri Qisya. Putri Qisya kini sekelip mata menjadi anak yatim piatu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan ketabahan buat adik Putri Qisya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Allahu…matangnya kamu wahai anak. Anak perempuan pertama adalah cintahati ayahanda. Mimpi bercakap dgn walidnya.. “
” Semoga arwah familynya ditempatkan dikalangan org2 beriman.. adik ni nmpk matang.. semoga dipermudahkan urusan dia menghadapi hari2 mendatang.. “
” Awak anak yang sangat cekal dan kuat, Allah hu akbar! Doa kami sentiasa buat awak ya.. Ibu ayah dah siap sediakan anak ini dengan apa yg sepatutnya…sangat matang, redha dan kuat..syurga buat ibu ayah dan adik-adik… “
” Adik Keluarga Awk Org Terpilih. Bertapa Baiknye Hati Mereka. Tanda Mesti Keluarga Ini Org Baik2. Innalilawainailaihirojiun. Semoga Awk & Keluarga Nanti Dpt Bertemu Kembali Di Syurga .. “
” Ya Allah, sejuknya tgk anak solehah ni Tenang, matang dan penuh keikhlasan menerima takdir yg sukar ini Ya Allah, peliharalah anak solehah ini, murahkan rezekinya, berilah kejayaan dan keselamatan Dunia dan Akhirat buatnya.. “
” Masya’Allah tabarakallah.. Cara dia bercakap nmpk sgt kematangan diri dia dan akhlaknya baik.. Semoga kakak terus kuat dan tabah dan sentiasa didalam jagaan rahmat kasih sayang Allah selalu .. “
” MasyaAllah anak yg cukup baik hasil dr didikan keluarganya. Kata2nya tersusun elok, matang fikirannya, tinggi adabnya. InsyaAllah berjaya dunia akhirat adik. Banyak doa mengiringi awak.. “
Dari temuramah ini dapat dilihat Putri Qisya cukup tenang. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga adik Putri Qisya terus kuat dan tabah. Didoakan agar Putri Qisya diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang tanpa ibu bapa serta adik-beradiknya di sisi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinarharian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

