Artis / Selebriti
” Saya sangat berani untuk mengatakan kat kamera yang saya sangat cintakan Kak Erra Fazira.. ” – Naqiu
Video Temubual Naqiu Bersama Dina Nadzir Dan Falyq Raih Perhatian Ramai. Amboi Naqiu, Berani Sungguh Yer Mengaku Cintakan Erra Fazira. Jangan Kena Tidur Luar Rumah Dah Lah, Haha !!
Naqiu bukan nama baru dalam industri hiburan tanah air. Suatu masa dahulu, ketika Naqiu masih lagi dibangku sekolah, namanya melet0p dan menjadi sebutan ramai. Naqiu Boboy nama pentas yang masih lagi lekat sehingga kini di hati peminat.
Pernah melalui zaman kegemilangan dan kejatuhan, ianya mematangkan Naqiu dan comeback yang dilakukan oleh Naqiu menyertai Gegar Vaganza membuahkan hasil. Meninjau akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan temubual Naqiu bersama Dina Nadzir dan Falyq dalam program Borak Selebriti.
Banyak yang dikongsikan oleh Naqiu, antaranya mengenai minatnya dan awal terjebak dalam dunia hiburan. Kata Naqiu, Erra Fazira adalah insan yang pertama approach untuk Naqiu menjadi artis. Naqiu juga dalam nada berseloroh memberitahu dia cintakan Erra Fazira pada ketika itu.

Kehidupan Naqiu yang pernah berada di kemuncak membuatkan dia memperoleh duit yang banyak. Tetapi hidup ini ibarat roda, ada masanya akan ke bawah juga. Dari gaji RM15,000 seminggu, Naqiu hanya mendapat RM400 sebulan dan hidupnya ketika itu banyak meminjam dengan kawan-kawan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku sukat Part dia cakap “saya tak sedar diri” hahaha.. berani eh Naqiu. jangan kena tidur luar rumah dah ler heheh.. ”
” Alhamdulillah.. Smooth perjalanan.. semoga dpermudah perjalanan dalam karier menyanyi thisisnaqiu .. teruskan berkarya dan menghiburkan kami para peminat.. ”
” Benda macam ni saya tak sedar diri – Naqiu haha.. Naqiu, Naqiu, Sllu tgu Naqiu perform kat Konser GV.. ”
” Terima kasih Naqiu pilih untuk jadi penyanyi untuk menghiburkan kami semua.. syukran Allah permudahkan semua urusan naqiu.. ”
” 15k dulu xkan langsung x pernah buat saving.. zaman remaja dulu tu apa sgt la nk berbelanja 15k.. huhu.. tp xpelah now dia dah comeback.. ”
” Subhanallah… syukran… Allah tu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui… apa yg dilalui… janji jgn lupa pada NYA…. Ia akan kembalikan apa yg hilang itu dengan rahmat NYA… semoga terus sukses Naqiu.. ”
” Sekarang dah tahu kenapa dia hilang dari radar.. Comeback is real.. Happy for your comeback hero thisisnaqiu .. teruskan berkarya.. ”
Kesusahan yang membuatkan Naqiu kembali bangkit dan comeback Naqiu memang dinanti-nantikan oleh peminatnya. Nama Naqiu juga sudah famous semula sekarang. Semoga Naqiu buat yang terbaik untuk final All Stars Gegar Vaganza esok. Selamat berjaya dan terus success Naqiu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



