Artis / Selebriti
” Saya sebenarnya excited. Ini first time saya sampai ke kampung Mira ni tahu tak. Eh, ye ke first time ? ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin mengaku baru pertama kali datang ke kampung Amira Othman di Johor dalam Travelog Jom Jalan Rissa Skin x FattMira buat ramai terhibur. Sekali macam tu je Amira kantoikan Fattah, haha..
Pada 17 Mei sehingga 19 Mei yang lalu, Fattah Amin dan Amira Othman telah pun berkolaborasi bersama Rissa Skin untuk satu kempen Jom Jalan Rissa Skin X FattMira ke Johor. Negeri kelahiran Amira ini dipilih dan banyak aktiviti yang mereka lakukan sepanjang berada di sana.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Nurulsyaheraa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan part 1 travelog mereka itu. Perjalanan Fattah, Amira dan Founder Rissa Skin, Maam Syaheraa berjalan dengan lancar dan selesa menggunakan sebuah caravan RV Motorhome.
Turut dikongsikan perbualan Maam Syaheraa bersama Fattah dan Amira ketika berada di dalam caeavan mereka. Kata Fattah, ini kali pertama dia datang ke kampung Amira. Mendengar ayat Fattah itu, Amira segera mengingatkan Fattah mengenai video tiktok bersama Fattah di rumahnya di Johor ketika hari raya tempoh hari.

Amira bertindak sebagai tour guide dan lokasi pertama yang dibawa oleh Amira adalah ke sebuah restoran untuk menunjukkan makanan terbaik di Johor. Telur pindang antara makanan popular orang Johor dan disukai kerana rasanya yang sedap.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Asal tengok mereka berdua ni, kita tersengih.. moga berjaya business maam.. Td igt mem dh post EPS 2.. siaran ulangan EPs 1 rupanya.. dh excited Td.. “
” Amboi abang long, hint ke betul betul tu.. ayottttt cramp weh mulut akuu.. tersengih sengih sorg2 dr tadi. sweet sgt.. kalah citer korea akuu.. “
” Yeke Fattah baru 1st time datang johor haha.. Amboi nak meminang tak sabar.. semoga Allah meridhoi fattahaminz amiraaothman.. “
” Fattah Fattah, sempat lagi pinang dan pindang eh.. Dorang dh siap plan telur pindang dipinang. rissakin tolong supply vitamin untuk kita.. “
” Yess. Kita satu Malaysia sokong rissa skin care fattah amira sweet couple yg terpaling hebat punya aura satu dunia terpesona, tahniah mem kerana fattah. amira dunia jadi indah berseri bak bulan purnama bercahaya menerangi seluruh alam.. “
” Maam yang blushing teruk haha.. Pandai eh bang long tetiba 1st time datang johor. haha nasib kak long jujur hehe.. “
” Haha lucu lah Fattah.. dan dan je dia 1st time sampai kg Mira haha.. walhal tiktok duduk umh Mira aritu hahah.. “
Baru part 1 pun sudah blushing peminat FattMira dibuatnya. Fattah sudah semakin advanced memberikan pickup line sekarang. Pindang jadi pinang pun boleh lah Abang Long, janji Abang Long akan pinang Amira dengan bismillah. Sama-sama kita tunggu episod-episod seterusnya yang pasti akan membuatkan ramai tersenyum sendiri.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurulsyaheraa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

