Artis / Selebriti
” Saya tak boleh lupa sebab anak kita, tak sangka kan.. ” – DS Siti Nurhaliza
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Terharu Bercerita Tentang Anaknya, Siti Aafiyah Suka Membantu Rakan Kurang Upaya (OKU) Di Sekolah Raih Perhatian Netizen. Wah Bagusnya Sikap Aafiyah, Kecil-Kecil Lagi Dah Prihatin !!
Meninjau di akaun Instagram milik Mingguan Wanita telah berkongsi satu video yang memaparkan wawancara bersama penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Menerusi video itu, Dato’ Siti berkongsi cerita mengenai anak sulungnya, Siti Aafiyah.
Dato’ Siti meluahkan rasa terharu apabila diberitahu oleh guru Aafiyah yang Aafiyah suka membantu rakannya yang orang kurang upaya (OKU) di sekolah. Kata Dato’ Siti, apa yang dilakukan Aafiyah seperti tolong mengambil air dan membantu ketika rakannya memerlukan bantuan lain.e
Dato’ Siti mengatkab yang dirinya tidak menyangka Aafiyah gemar membantu rakan dan terharu dengan sikap Aafiyah. Jelas Dato’ Siti lagi, antara perkara yang paling utama apabila bergelar ibu bapa adalah perlu mempunyai sikap yang baik agar boleh menjadi teladan buat anak-anak.

Perkongsian video tersebut telah menerima lebih 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wah jelas terpancar wajah terharu dan rasa gembira Dato’ Siti berkongsi sikap Aafiyah kepada wartawan. Kalau dilihat, sikap Aafiyah saling tak tumpah seperti Dato’ Siti yang suka membantu orang.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang bersetuju dengan kenyataan Dato’ Siti dan berkongsi sikap anak mereka yang suka membantu. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Kita ibubapa adalah contoh terbaik utk anak2.. Kita ajar yg baik maka baiklah jadinya begitu juga sebaliknya..anak2 adalah seperti kain putih, ibubapalah yg mencorakkannya.. “
” Betul.. Kebiasaannya ank tdk akan buat apa yg ibu ckp tetapi anak akn buat apa yg ibu buat.. Tahniah Aafiyah, memang anak yang baik.. “
” Anak sy prnah skali dia nmpak abi dia bgi duit kat budak ni kt kedai, sbb duit tak cukup nk beli jajan kt kedai.. Pastu dia pi sekolah, dia nmpak kawan dia tak cukup duit, dia bagi duit dia.. “
Baru-baru ini tular kisah keperibadian murni Dato’ Siti yang pernah menghulurkan bantuan untuk menampung kos rawatan pembedahan jantung berlubang arwah anak kepada seorang individu yang tidak dikenali dan perkongsian tersebut hangat menjadi perbualan warganet.

Terbaik lah sikap Aafiyah itu dan bagus Dato’ Siti yang sentiasa mengajar anaknya untuk membuat kebaikan kepada semua orang. Apa-apa pun semoga Aafiyah terus membesar dengan baik, menjadi anak yang solehah serta berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : mingguanwanita, ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

