Artis / Selebriti
” Sayang betul Fatima dengan daddy dia.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Ketika Berada Di Majlis Hari Lahir Kenalannya Buat Peminat Terhibur. Amboi Nyamma, Satu-Satu Cokelat Dia Ambil Nak Bagi Pada Daddy. Siap Nak Bukakkan Pembalut Lagi, Comel Sungguh !!
Berbaki lebih kurang 3 bulan sahaja lagi, anak sulung kepada pasangan Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya bakal menginjak usia 2 tahun. Pelbagai telatah Fatima yang mencuit hati peminat dan Fatima juga semakin banyak akalnya sekarang.
Meninjau akaun Instagram Jetaime.fattzura, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima ketika menghadiri majlis hari lahir salah seorang kenalan mommy dan daddynya ini. Turut sama hadir pelakon Farah Nabilah dan anaknya, Andre Omar.
Dalam video tersebut, Fatima yang aktif ini berlegar di meja hidangan yang tersedia makanan ringan seperti coklat dan manisan lain. Mengambil salah satu coklat tersedia, Fatima laju sahaja meluru ke arah daddynya menunjukkan coklat tersebut.

Alahai Fatima, semua benda hendak diberikan pada daddynya ini. Bila Fattah menyuruh Fatima mengambil manisan itu banyak-banyak, Fatima mengulangi ayat daddynya ini. Comel sangat Fatima, sayang betul pada daddy. Apa-apa semua dahulukan daddy dia.
Jom tonton video di bawah:
Perkongsian ini telahpun meraih lebih 2000 tanda suka daripada peminat sejak ia dikongsikan. Antara komen-komen peminat :
” Comel Fatima, cute sangat. Sayang betul Fatima dengan daddy dia. Anak yang solehah ni.. “
” Haduhai, pandainya Fatima, ger4m tengok Fatima. Budak bijak, suka tengok telatah dia.. “
” Bukan main comel muka Nyanma, pandai dia cakap tump4h. Kecil kecil dah alert.. yang penting coklat untuk daddy haha.. “
Fatima sememangnya manja dengan Fattah dan situasi ini normal kerana anak perempuan kebiasaannya rapat dengan ayah. Amboi Fatima, bila ada daddy di depan mata, mommy pun Fatima buat tak layan je, haha.

Penghibur hati daddy dan mommy sangatlah Fatima ini. Makin bijak dan petah mulutnya tu. Apa-apa pun, semoga Fatima membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jetaime.Fattzura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

