Artis / Selebriti
” Sebak tengok video ni sampai terlupa arwah dah tak ada. Yang last tu memang sebijik gayanya.. ” – Netizen
Video Adik Miza Yang Wajahnya Mirip Arwah Siti Sarah Raissudin Menggayakan Tudung Yang Dipakainya Mengundang Sebak Ramai. Part Last Masa Adik Miza Pusing-Pusing Tu Memang Saling Tak Tumpah Gaya Seperti Arwah Siti Sarah !!
Baru-baru ini telah tular sebuah video yang memperlihatkan seorang kanak-kanak yang rupa parasnya begitu mirip dengan arwah Siti Sarah Raissuddin. Dikenali sebagai Adik Miza, rupa paras kanak-kanak ini telah membuatkan bapa kepada arwah Siti Sarah, Raissuddin Hamzah menempuh perjalanan selama 7 jam untuk bertemu dengan Adik Miza di Kedah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh isteri Raissuddin iaitu Makder di Instagram, Raissuddin mengatakan adik Miza ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang hampir sama, malah turut memiliki gigi yang serupa seperti arwah. Video adik Miza turut menjadi trending selepas ramai turut mengakui rupa parasnya dapat mengubat kerinduan kepada arwah Siti Sarah.
Terbaru, menerusi akaun Instagram Loveta telah berkongsi video baru yang memaparkan Adik Miza sedang menggayakan sehelai tudung yang dikeluarkan oleh Loveta. Adik Miza kelihatan begitu cantik mengenakan tudung berwarna biru sedondon dengan dress labuh yang dipakainya.

Sekali lagi, perkongsian ini telah mencur1 perhatian warganet. Ada yang mengatakan yang gaya Adik Miza menggayakan tudung tersebut sama seperti yang dilakukan oleh arwah Sarah dahulu. Sehingga kini, video terbaru yang dimuatnaik oleh Loveta telah menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa seb4k setelah menonton video yang dikongsikan ini dan menyatakan rasa rindu terhadap arw4h Siti Sarah selepas melihat gaya Adik Miza. Antara komen-komen yang diterima :
” Seb4k tengok video ni sampai terlupa arw4h dah tak ada, yang last tu memang sebiji gayanya.. Alfatihah, semoga arw4h Siti Sarah tenang di sana.. “
” Ya Allah sama. N budaknya pun berbakat jugak tgk nya. Senyum manis. tetiba ada gmba sarah sekali meremang campur sed1h pulak.. “
” Aduh yg last tu mmg sebijik arwah siti sarah.. tibe2 mngalir airmata.. Al fatihah.. Siti Sarah dalam kenangan, tak pernah sikit pun lupa Siti Sara, moga syurga tempatmu.. “
” Kuasa ALLAH.. Ya ALLAH, sama betoii laa adik Miza dengan SitiSarah, duadua comeii .. Senyuman tuuu saya suka sangat tgk.. “
” Ya Allah smga adek Miza dpt ubati rindu kami pd arw4h.. Al fatihah utk arw4h Siti Sarah binti Raisuddin.. Ni kalau orang cakap anak arw4h pun mesti ramai yang percaya.. “
” Bukak² insta tengok dia toleh mcm tu terus sebak tu datang.. Sesungguhnya semua rasa ini dari Allah swt. Al-Fatihah buat Almarhumah kak Siti Sarah Binti Raissuddin.. “
” Allah memang nampak spt seorang Siti Sarah, versi kanak2.. Comel betul adik ni. Semoga Allah jaga adik Miza ameen.. ”
Betul apa yang dikatakan oleh warganet, gaya Adik Miza memang saling tak tumpah seperti arw4h Siti Sarah, lagi-lagi senyumannya itu. Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga arw4h Siti Sarah dimuliakan di sisi Allah SWT dan ditempatkan di Jannah Firdaus, amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG loveta, sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

