Artis / Selebriti
” Sebak ye, Alhamdulillah doa seorang ayah.. ” – Netizen
Video Sultan Brunei Bertitah Selepas Selesai Pernikahan Anakandanya, Putera Abdul Mateen Buat Ramai Tersentuh. Sebaknya Dengar Doa Seorang Ayah Buat Anaknya !!
Meninjau ke akaun TikTok Azis Kurniawan, perkongsian sebuah video yang memaparkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bertitah selepas selesainya majlis pernikahan anakandanya, Putera Abdul Mateen telah mengundang sebak ramai orang.
Pada ketika itu, Putera Mateen sedang bersalaman dengan ayahandanya sambil mendoakan kebahagiaan buat puteranya itu. Nampak di wajah Sultan Hassanal Bolkiah juga agak sebak ketika mendoakan kebahagiaan anakandanya itu.
Untuk info, Putera Mateen telah pun selamat diijabqabulkan bersama Dayang Anisha Rosnah pada hari ini. Pasangan Diraja ini telah melakukan pelbagai upacara dan majlis sepanjang majlis perkahwinan mereka yang berlangsung selama 10 hari.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Putera Mateen kelihatan segak dan bergaya dengan memakai baju pengantin berwarna krim. Selepas mendengar titah ayahandanya, Putera Mateen segera pulang menuju ke kenderaan.
Jom tonton video di bawah :
@azis_kurniawan1 Inilah Doa baginda #sultanbrunei 🇧🇳 untuk putera nya #princemateen Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja #brunei 🇧🇳 #pengantindirajabrunei2024 #indonesia 🇮🇩 #kediri
Di ruangan komen, perkongsian ini dihuj4ni dengan ucapan tahniah buat pasangan pengantin. Antara komen-komen yang diberikan :
” Tahniah prince mateen dan dayang anisha rosnah…slmat pengantin baru dari malaysia.. sayanglah x dpt tgk wife prince mateen masa akad nikah.. “
” Humblenya. mcm org biasa ddk bsandar.. majlis nikah semua duduk bawah..hatta sultan pun Tak duduk atas kerusi.. “
” Alhamdullilah.Tabarokallah.indahnyer pernikahan Di raja.semoga berokah hingga ke Hannah. whyyy i yg sebak.. Segaknya prince mateen.. “
” Aamiin btw sejarah 1st time Sultan bertitah ketika anakandanya bersalam selepas akad nikah Alhamdulillah doa seorang ayah.. “
” Semoga Allah memberkati dan memberi hidayah ugama kepada Prince Mateen dan Dayang Anishaa. Aamiin. Alhamdulillah,bagusnya doakn mcm tu kan.. “
” Alhamdulillahh..wasyukurillah.. congratulation Prince Mateen & Princess Anisya..semoga berbahagia till Jannah.. tahniah.. “
” Sebak ye.. terharu ya allah semoga samawa ya prince.. Amin ya Rabbal Alamin doa Ayah buat anak tercinta.. semoga bahagia.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Azis Kurniawan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen


