Artis / Selebriti
” Sedap gila suara Kak Long, patut lah Abang Long terpegun bangga, haha.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Fattah Amin ketika mendengar Amira Othman menyanyi secara live buat ramai terhibur. Amboi muka Abang Long, terpegun betul dengar nyanyian Kak Long. Mesti tak sangka suara Kak Long sedap menyanyi lagu Senja Nan Merah, hehe..
Umum mengetahui yang Fattah Amin dan Amira Othman dilantik menjadi duta sebuah produk iaitu Rissa Skin. Gandingan Fattah serta Amira ini menjadi tarikan dan setiap kali mereka membuat video live bersama mempromosikan produk, pasti ramai yang menonton dan membeli.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok rasmi milik Rissaskin, telah dikongsikan beberapa video live Fattah bersama Amira dan Bell Ngasri. Namun, salah satu video yang mencuri perhatian adalah ketika Amira menyanyi lagu Senja Nan Merah nyanyian asal oleh Dato’ Awie dan Ziana Zain.
Menerusi video itu, Fattah kelihatan begitu kagum dan terpegun mendengar nyanyian Amira di sebelahnya. Sesekali Fattah memberikan senyuman kepada Amira. Perkongsian video ini juga telah menjadi perbualan para peminat Fattah dan Amira.

Tulis para peminat, jelas kelihatan nyanyian Amira itu sangat disukai oleh Fattah. Bukan itu sahaja, ramai yang memberikan pujian terhadap suara Amira yang dikatakan sangat merdu membawakan lagu tersebut. Sehingga kini, video Amira nyanyi telah ditonton lebih 21 ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@rissaskin_hq BTS semalam! Nah video lagi dekat! #rissaskin #fattahamin #amiraothman #intensivenightcreamrissaskin
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sedap gila suara Kak Long, patut lah Abang Long terpegun bangga, haha.. Kami tumpang bangga sekali dengan Abang Long.. “
” Tak salahla abg long ikat Amira jdi artis bwh management dia.. Semoga Amira trus bersinar bwh management abglong lpsni.. “
” Sedap suara kak long.. Terpegun abg long dgr suara kak long.. Dah lah cantik, suara pun sedap.. Untung lah abg long.. “
” Blh tido Lena mcm ni.. MasyaAllah sedap betul suara Amira.. Dengar2 terus rasa nak tidurr.. Eh2 orang sebelah tu senyum2 dengar kekasih hati menyanyi.. “
” Nampak serasi bersama lah, live semalam senyum2 je kita tengok.. Nampak lah dorang ni memang tengah bercinta, hehe.. “
” Wow kak long punya suara memang mantap lah.. Sedap, patut lah abang long tersenyum2, blushing dengar suara sedap kak long.. “
” Cantik lah warna baju, nampak menyerlah sangat.. Sesuai nampak Fattah dan Amira pakai.. Btw sedap suara Amira nyanyi.. “
Reaksi Fattah tidak dapat disembunyikan lagi, jelas Fattah begitu terpegun dengan nyanyian Amira. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini. Andai ada jodoh antara mereka, pasti tidak akan ke mana dan semoga segala urusan mereka dipermudahkan juga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rissaskin_hq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

