Artis / Selebriti
” Sedap sangat Namie mengaji. Sebutan clear betul dengan makhraj dan tajwidnya.. ” – Komen Netizen
Video Namie mengalunkan bacaan surah Al-Mulk raih pujian ramai. Alahai merdu sungguh suara Namie mengaji, bacaan yang sangat-sangat sempurna. Macam suara Imam kat masjid yang biasa kita dengar tu..
Meninjau di akaun Instagram MeleTOP, telah dikongsikan video yang memaparkan pengacara MeleTOP Moreh, Namie mengalunkan bacaan surah Al-Mulk. Menerusi video itu, Namie membaca surah Al-Mulk bermula daripada ayat pertama sehingga lah ayat ketiga.
Namie kelihatan begitu tenang ketika membaca surah tersebut dan bacaan Namie juga didengari sangat merdu. Perkongsian video ini juga telah mendapat pujian daripada warganet. Ramai yang meluahkan rasa kagum serta mengakui bacaan Namie sangat sedap didengar.
Bukan itu sahaja, warganet menyifatkan Namie sebagai seorang yang tidak ‘kosong’ dalam ilmu mengaji kerana jika didengar bacaannya, sebutan makhraj dan tajwid begitu baik sekali. Bahkan, ada yang memuji Namie seorang selebriti yang serba boleh. Namie bukan sahaja boleh menyanyi, berlakon, pengacara, malah Namie juga mampu mengalunkan bacaan surah Al- Quran dengan baik.

Difahamkan, rakaman video ini adalah ketika geng mengaji iaitu Ustaz Fakhrul Radhi dan Ustazah Sofizah Mousin menjadi tetamu jemputan MeleTOP Moreh Ramadan untuk berkongsi ilmu serta hikmah sempena Nuzul Al-Quran. Sehingga kini, video bacaan surah Al-Mulk oleh Namie itu telah menerima belasan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memberikan pujian kepada Namie. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Memang sedap sangat dengar Namie mengaji. Sebutan clear betul dengan makhraj dan tajwidnya, terbaik.. Namie tak kosong ok.. “
” Masa dia masih bergelar guru dia selalu lead bacaan yassin di sek ganti ustz. Bekas pelajar sek agama.A pe dehal setakat mengaji. Insyaallah.. “
” Ni baru nma artis yg patut dicontohi… Alhamdulillah, moga jadikan bacaan surah Al-Mulk sebagai amalan harian tiap malam.. “
” Yg ni memang meremang bulu roma.. Namie nyanyi sedap mesti mengaji pon merdu.. Hebat lah, suara dia betul2 boleh jadi imam.. “
” Subhanallah merdu nya suara mengaji.. MasyaAllah tabarakallah Anugerah Allah Suara yg merdu dan sedap didengar.. Tahniah Namie.. “
” Ibu ayah nya ckgu.. Da bekas ckgu jugk.. Bekas hafazan johan lgi dulu kt sek.. Memang sedap suara Namie ni, sy satu sekolah dengan dia.. “
” MasyaAllah…. Tabarakallah… Alhamdulillah wasyukurillah… Sedap di dgar… Tp jika hang tukaq bacaan siap hg… Tp hang steady… Tau hukumnya… Tp aku yg trauma.. “
Bacaan yang dialunkan oleh Namie itu cukup menenangkan bagi sesiapa yang mendengarnya. Benar lah apa yang dikatakan oleh warganet, Namie artis yang patut dijadikan contoh. Semoga dengan perkongsian video ini dapat lah kita menjadikan bacaan surah Al-Mulk sebagai satu amalan harian kita.

Silakan SHARE..
Sumber : IG meletop, namiesmy, TikTok meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

