Artis / Selebriti
” Sedap suaranya, macam penyanyi asal betul.. ” – Komen Netizen
Video Sharif Zero menyanyikan sebuah lagu Bollywood, Saajanji Ghar Aaye raih pujian warganet. Fuhhh, sebijik macam suara penyanyi asal dalam filem Kuch Kuch Hota Hai lah..
Meninjau di akaun TikTok milik pelawak terkenal, Sharif Zero, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sharif menyanyikan sebuah lagu Bollywood yang cukup dikenali ramai. Menerusi video tersebut, Sharif dengan penuh yakin menyampaikan lagu bertajuk Saajanji Ghar Aaye yang sememangnya popular di kalangan peminat filem Hindustan.
Lagu tersebut merupakan antara runut bunyi ikonik daripada filem terkenal, Kuch Kuch Hota Hai. Filem yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu itu membariskan pelakon hebat seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukerji. Tidak hairanlah lagu tersebut masih lagi segar di ingatan sehingga kini.
Menerusi video berkenaan, Sharif dilihat menyanyi dengan penuh penghayatan dan gaya tersendiri. Walaupun dikenali sebagai seorang pelawak, Sharif membuktikan dirinya juga memiliki bakat terpendam dalam nyanyian. Lenggok dan sebutannya ketika menyampaikan lagu Hindi itu turut mencuri perhatian warganet.

Ramai yang meluahkan rasa kagum dengan keberanian Sharif membawa lagu Bollywood. Ada yang memuji suaranya, malah ada juga yang mengatakan suara Sharif sudah seperti penyanyi asal lagu tersebut. Sehingga kini, video Sharif menyanyi lagu Saajanji Ghar Aaye telah menerima ribuan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@zero.official sajan ji ghar aye 💜 next cover komen kat bawa ya😎 #bollywoodsong #bollywoodcover #popsiclerecords
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video nyanyian Sharif ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedap suaranya, macam penyanyi asal betul. Abg cakap hindustan lebih padu dari bahasa Malaysia tau, ahaha.. “
” Salman Khan bukan, tapi Sharif Rukh Khan.. Fuhh kalau pejam mata ni, mati2 ingat penyanyi hindustan tau.. “
” Padu lah abang, sedap betul.. Pls nk video panjang lagi, tak puas dengar suara abang nyanyi, sedappp lah.. “
“Cover lagu AANKHEIN Khuli plak bang… Lagu dari citer mohabbatein… Mesti sedap juga ni.. Plssss bang.. “
” Nie kompom time kecik2 suka layan hindustan d tv3 nie kan dulu, hahaha jam2 petang setiap hari sabtu, tu pandai hafal lagu hindustan tu.. “
” Satu2nya artis kalo dia live nyanyi hindustan aku wajib layan hahahaha suara padu.. Memang suara dia tak pernah mengecewakan.. “
” Intro dia meremang. okay approve tuan.. Saya ingat salman khan yg nyanyi… Rupa nya Sharif Khan, haha terbaik.. “
Perkongsian video tersebut jelas berjaya menarik perhatian ramai dan mengimbau kembali nostalgia peminat filem Bollywood. Telatah dan bakat Sharif yang versatil sememangnya membuatkan peminat tidak jemu untuk terus mengikuti perkongsiannya di media sosial.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok zero.official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

