Artis / Selebriti
” Sedihnya, akhirnya Thalita berduet dengan Shuib lagu last arwah.. ” – Komen Netizen
Video Shuib Sepahtu menyanyi bersama anaknya, Thalita lagu duet terakhir bersama arwah Siti Sarah, Semakin Benci Semakin Cinta buat ramai tersentuh. Part ‘sayang’ tu sebijik suara Siti Sarah, alahai Dekta buat ramai yang menangis..
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, anak perempuan Shuib, Thalita mendapat rezeki tidak diduga apabila komposer terkenal, Ajai mengundangnya untuk menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura pada 10 Mei nanti. Siapa sangka dari show paling murah, Thalita kini melangkah ke show paling mahal.
Thalita kini sedang giat berlatih untuk mengukuhkan lagi vokalnya. Shuib juga turut bersemangat melatih Thalita dan mereka sering berkongsi video sesi latihan nyanyian di live TikTok. Hari demi hari, semakin banyak perubahan Thalita dan tone suaranya juga semakin sedap didengar.
Meninjau entry di akaun TikTok PAQ beuty, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib dan Thalita berpadu suara mendendangkan lagu terakhir Shuib dan Siti Sarah berjudul Semakin Benci Semakin Cinta yang merupakan lagu peninggalan terakhir arwah Siti Sarah.

Mendengar suara Thalita berduet bersama Shuib membuatkan hati warganet terusik dan sebak. Suara Thalita memang seiras dengan suara Siti Sarah lebih-lebih lagi ketika part ‘ sayang ‘. Gemersiknya kedengaran sama, seakan mendengar Siti Sarah yang menyanyi.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@paq2023 #shuib #shuibsepahtu #talita #dekta #era #malaysia #malaysiatiktok #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedihnya, akhirnya Thalita berduet dengan Shuib lagu last arwah. haruskah ku tinggalkan sbjik suara arwah.. “
” Part sayang sama suara dengan ibu.. Begenang air mata,suara arwah terubat rindu.. Al-fatihah.. “
” Love sgt lagu ni sbnrnyaa.. lepas arwah mnggal jarang dgr kt radio..terubat rinduuu.. Tuhan Maha Kuasa. Cannot imagine one day The father Shiud will sing with his Princess Talita.. “
” Mak ai… dia sebut jee ” Sayang..” laju air mate aku kuar… terus terbayang muka arwah Sarah.. “
” Riak wajah Shuib mcm happy /puas kan…. mcm dia tgh rase ada Sarah di sisi… semangat tu lain rasenye… sedap sgt talita nyanyi ada mirip suara ibunye.. “
” Aku tak boleh dengaq talita ni nyanyi lagu ibu dia.. auto laju air mata.. sama gila.. tambah-tambah part sayang tu.. Allah.. “
” Merinding dengar suara Thalita.. meremang dengar ‘ sayang ‘ tu sama macam arwah la.. tone talita sedap.. teringat arwah siti sarah.. “
Meremang mendengar suara Thalita membawakan lagu ibunya ini. Lagu terakhir yang meninggalkan banyak kenangan untuk Shuib. Thalita seperti bayangan ibu kerana suara ibu ada dalam diri Thalita. Semoga Thalita berjaya mencapai impian untuk menjadi penyanyi hebat seperti ibu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok PAQ beuty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

