Artis / Selebriti
” Sekali daddy dia balik, dia macam tak percaya. Melopong mulut member haaa.. ” – Datin Alyah
Datin Alyah kongsi video gelagat anaknya, Nur Izzara ketika mengambil Tok Ram di airport. Alahai terperanjat Zara tengok daddy depan mata. Sampai ternganga mulut dan tak berkelip mata dia, punya lah lama tak jumpa yer. Terus nak manja dengan daddy..
Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi Datin Alyah dan suaminya, Tok Ram pasti mengetahui yang pasangan ini sudah memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Nur Izzara. Nur Izzara diambil oleh Datin Alyah ketika Zara baru dilahirkan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Datin Alyah, telah dikongsikan video memaparkan gelagat Zara ketika menjemput Tok Ram di lapangan terbang yang baru sahaja pulang dari Europe. Kelihatan selepas Zara melihat Tok Ram, Zara seakan tidak percaya bahawa yang daddynya berada di depan mata.
Selepas itu, Tok Ram mendukung Zara dan mereka saling berpelukan. Tulis Datin Alyah, sudah setengah bulan Zara hanya video call melihat Tok Ram. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan yang Zara merupakan anak manja Tok Ram.

Sehingga kini, video Tok Ram dan Zara telah menerima ratusan komen dan lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Sweet sungguh part Zara senyum tengok muka Tok Ram berkali-kali, anak manja daddy betul lah Zara ni.
Jon tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat gelagat manja Zara dengan Tok Ram. Antara komen-komen warganet adalah :
” Saling merindu betul ni.. Semoga kebahagiaan milk Datin & Tok Ram sekeluarga hingga ke Jannah.. Tumpang happy tengok Datik dan Tok Ram bahagia.. “
” Alhamdulillah masyaaAllah, nmpk Alyah skeluarga brtambah tambah gembira ceria, dng ada nye baby Zara yg bijak ni. Ank pun ikut muka, dato Ram campur Alyah.. “
” Nampak daddy terus jadi manja yer, hehee.. Alolo anak manja daddy betul lah dia.. Mesti rindu sangat tu, lama tak jumpa daddy.. “
” Geramnya tengok reaksi dia, hehehe.. Betul lah org ckp ank tu penambah rezki dn kebahagian.. Semoga dto datin bahgia dn sama2 besarkan Zara.. “
” Ya Allah comelnyaa Zara .. Semoga budak bertuah ni bawak tuah, murah rezeki dalam keluarga Tok Ram dan Datin Alyah.. “
” Terpanjat Izara tengok Papa iya… Kemain rindu.. Alahhhh halahhh halahhhh ehh geramlah aunty ngan awak ni Zara manja mommy daddy dia niii.. “
” Hahahahaha hbis lah Datin, Zara lah yang berjaya menambat hati daddy.. Daddy mesti kalah dengan anak perempuan dia, hehee.. Nampa Zara rindu sangat dengan Tok Ram, Tok Ram pun sama.. “
Alahai Zara sampai ternganga mulut dan tak berkelip mata tengok daddy ada depan mata. Semakin hari, semakin bertambah comel Zara ini. Apa-apa pun, didoakan semoga Zara terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah buat Datin Alyah serta Tok Ram.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

