Artis / Selebriti
” Senyum-senyum tengok video ni, turut rasa bahagianya.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah dan YB Syed Saddiq bersama keluarga ketika di France curi perhatian ramai. Wah rapat betul Ayden dengan Abuya YB. Part Bella tangkap gambar YB, Abuya dan Mama tu sweet sangat..
Beberapa hari lalu, YB Syed Saddiq telah berselepas ke France untuk menyertai Ironman Competition yang bakal dijadualkan pada 14 September nanti. Paling menarik, YB Saddiq tidak keseorangan, malah beliau ditemani oleh kedua ibu bapanya dan juga Bella Astillah bersama keluarga.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram basscontents, telah dimuatnaik video yang memaparkan Bella bersama YB Saddiq sekeluarga sepanjang mereka berada di France. Menerusi video itu, kelihatan Bella, ibu, ayah YB dan anak-anak Bella menemani YB Saddiq untuk sesi latihan di sana.
Kelihatan anak sulung Bella, Ayden duduk di sebelah ayah YB Saddiq dan mereka begitu mesra bersama. Turut dikongsikan moment ketika Bella mengambil gambar YB Saddiq bersama ibu dan ayahnya di tepi pantai. Selain itu, menerusi perkongsian di akaun TikTok Sabrina Bee pula, telah dikongsikan keluarga Bella telah datang ke rumah yang disewa keluarga YB Saddiq dan mereka beramai-ramai menjamu selera bersama.

Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mendoakan agar hubungan YB Saddiq dan Bella akan ke alam perkahwinan. Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan suka melihat keakraban antara keluarga YB Saddiq serta keluarga Bella.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
@sabrinabee78 Replying to @sholehahsenjakann😍 .. CreditVTT:Bard.R #worldironman2025 #bellaastillah #syedsaddiq #motivation #sabrinabee
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya begitu teruja menonton perkongsian video-video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Senyum-senyum tengok video ni, turut rasa bahagianya.. Kami doakan semoga YB dan Bella tidak lama lagi akan naik pelamin.. “
” Seronok tengok kedua keluarga baik rasa bahagia beri sokong pada YB, sayang YB .. Semoga bahagia selalu Bella dan YB.. “
” Suka tengok bonding time both family.. Nampak Ayden sekarangm memang rapat betul dengan Abuya yer, hehe cute tengok.. “
” Doa yang baik2. Bila ianya menjadi baik, ALLAH balas doa kita dengan kebaikan juga. Buat baik dibalas baik.. Yang pasti saya senyum tengok video ni, hehe.. “
” Mudahan Allah makbulkn doa2 kita semua tuk kedua2 keluarga ni agar bersatu dan bahagia hingga kesyurga dan jannah.. “
” Bertuah YB dapat Bella. Begitu juga YB DPT Bella.. Kami nantikan perkhabaran gembira daripada korang berdua ok.. Moga bahagia Smpai Jannah.. “
” Mcm tak lama dh mkn nasi minyak ni.. ood Luck Yb .. MashaAllah beautiful family.. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kedua keluarga Aamiin.. “
Wah untung YB Saddiq, dikelilingi oleh orang-orang yang sangat menyayangi dan sentiasa memberikan semangat untuk dirinya. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat YB Saddiq serta Bella. Tidak lupa juga, semoga segala urusan YB untuk menyertai Ironman Competition beberapa hari lagi akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG basscontents, TikTok sabrinabee78
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

