Artis / Selebriti
” Serius lah bro, sedihnya jangan buat macam ni weh.. ” – Netizen
Video Hairul Azreen Buat Satu Pengumuman Di Konti Era Buat Ramai Terkejut. Alahai Biar Betul Ni Hairul, Muka Hairul Pun Nampak Tahan Sebak . Tak Sangka Langsung Hairul Akan Umum Benda Ni !!
Hairul Azreen antara pelakon stunt yang popular di arena seni tanah air. Banyak filem-filem lakonan aksi lakonan Hairul yang box office setiap kali ditayangkan, antaranya Paskal dan terkini Malbatt. Meninjau akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hairul membuat satu pengumuman penting yang membuatkan semua di konti terpinga-pinga dan terkejut.
Memaklumkan akan berhenti berlakon, ini antara pengumuman yang tidak dijangkakan. Kata Hairul, dia sudah puas kerana segala impiannya telah pun tercapai. Salah satu puncanya kerana Hairul ingin menghabiskan masa bersama keluarga terutamanya anak-anak.
Betul juga kata Hairul, pengorbanan masa untuk setiap filem membuatkan dia hilang saat anak-anak membesar. Pada masa akan datang, Hairul akan menumpukan sepenuh perhatian kepada business yang diusahakan bersama isterinya, Hanis Zalikha.

Pastinya berita ini membuatkan peminat bersedih kerana tiada lagi kelibat Hairul membuat aksi stunt sendiri. Namun ini adalah yang terbaik untuk masa depan Hairul dan tentu Hairul dan Hanis telah pun menyusun segala perancangan untuk keluarga mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pengumuman yg mengej0tkan daripada Hairul Azreen… I respect u bro… TQ for the memories… Semoga Misi Bakhara meletop di pawagam.. ”
” Weiii serious la bro.. Takde peluang dapat seframe fight ngan you lagi.. ” – Andy Teh
” Serius lah bro, sed1hnya jangan buat macam ni weh. Antara sifat2 terpuji… berundur ketika dipuncak untuk peruntukkan masa kepada keluarga. Semoga Allah sentiasa merahmati.. ”
” Lain cara pikir dia. Salute! Nampak dia tak tamak utk kejar populariti dan wang. Dia cukup dgn apa yg dia dah buat.. muka diaa mcm tahan nk nang1s sebak tapi ok la dia belakon mmg best.. ”
” Dia cakap tu betul, anak2 membesar kejap je, kalau terlepas. moment2 tu, mmg takkan dapat balik. Duit boleh cari, sampai mati pun tak pernah cukup. Tapi anak2 ni, anugerah Allah. Kena hargai moments with them.. ”
” Berlakon penat wehh. Terkejar sana sini. Subuh dh kena pegi set. Tgh malam baru habis. Mmg xjmpa anak bini. Lagi2 kalau ada mak ayah yg dh tua. Lagi laa jarang jumpa. Apa yg dia kerja keraskan selama ni dia rasa dh cukup dh. Now its time for family time. Terbaik HA. Respect.. ”
” Keputusan yg berani dan mengejutkan, tapi alasan hairul sgt bermakna, korbankan kerjaya seni demi utk beri lebih masa utk famili & anak2, nak tengok anak2 membesar.. cipta moment & memory utk anak2 & famili.. semoga dipermudah urusannya.. ”
” Akuu tengah dengar pun terkej0t.. Aku respect org camni.. sebenarnya masa tu sgt singkat, bila kita da dpt semua apa yg kita inginkan apa lg yg kita nak dlm hidup. Inilah masanya utk kita hargai masa bersama family. Rezeki dpt dlm pelbagai cara. InshaAllah.. ”

Memang tidak dijangka ini keputusan yang telah dibuat oleh Hairul. Industi pastinya hilang sebutir permata yang akan sentiasa dikenang lakonannya. Good luck Hairul Azreen untuk semua yang bakal dilakukan pada masa akan datang dan tahniah kerana membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

