Artis / Selebriti
” Sho0t dekat Malaysia je, tapi level cantik dia lain macam. Dah macam tengok drama Korea lah.. ” – Netizen
Video Pre-Wedding Ubai Dan Shila Amzah Raih Pujian Ramai. Wah Gempak Lah Video Ni, Macam Drama Korea Pun Ada. Part Puisi Tu Memang Terus Menusuk Kalbu !!
Akhirnya, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai dengan sekali lafaz. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Amir Hamzah Salleh atau ND Lala dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak Ampang baru-baru ini.
Ketika majlis yang berlangsung di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur, penyanyi lagu Patah Seribu itu telah menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 berserta lima dulang hantaran. Selepas majlis pernikahan, Ubai dan Shila telah mengadakan dua buah majlis resepsi kedua belah pihak mereka.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Ubai, telah berkongsi pre-wedding yang dilakukan bersama Shila. Menerusi video itu, Shila telah mengenakan pakaian serba hitam dan Shila telah membaca sebuah puisi khas sebelum kemunculan Ubai. Selepas itu, mereka telah membuat beberapa penggambaran di sekitar kawasan di ibu kota Kuala Lumpur.

Di ruang kapsyen, Ubai telah mengatakan yang lagu video pre-wedding yang dinyanyikan oleh Shila dan dicipta oleh Shila sendiri khas untuknya. Perkongsian oleh Ubai ini telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Selain memuji video tersebut, ramai peminat turut mengucapkan kata tahniah dan mendoakan yang baik-baik untuk rumah tangga Ubai serta Shila. Antara komen-komen menarik adalah :
” Shoot dekat Malaysia je, tapi level cantik dia lain macam. Dah macam tengok drama Korea lah.. Tahniah Ubai dan Shila dah jadi suami isteri.. “
” Ni baru pre wedding. Takde pegang2, takde pelok2. Masing2 tahu batas. Semoga perkahwinan Sha & Ubai sampe ke hujung nyawa. Amin.. “
” Puisi itu sangat indah, Sedap di dengar halwa telinga, menusuk kalbu, rasa ke hati. Suka tengok video shoot tengah kesibukan ibu kota.. “
” Bestnya.. Video klip, nice good job everyone.. Ala2 Korea.. Semoga terus kekal bahagia ye Sha n Ubai, tumpang happy tgk korang.. “
” Loveeee sangat.. Sweet betul la korang ni. So happy for both of you.. Semoga rumah tangga korang akan sentiasa bahagia.. “
” Bila bersama dengan orang yang tepat & pada waktu yang tepat.. Semoga berbahagia hingga ke jannah ye Kak Sha and Abg Ubai.. “
” Cantik sangat.. Congratulations Shila n Ubai, selamat pengantin baru.. Semoga Allah permudahkan , sentiasa sakinah, mawaddah wa rahmah, amin.. “
Wah memang menarik video pre-wedding pasangan ini, seolah sedang menonton sebuah cerita. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Ubai dan Shila kerana sudah bergelar suami isteri. Semoga hubungan rumahtangga kalian ini akan terus mekar bahagia serta berkekalan hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ubaimz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

