Artis / Selebriti
” Shuib pandang Thalita, lepas tu tengok gambar Sarah dekat dinding, nangis weh.. ” – Komen Netizen
Video Thalita menyanyi lagu Hanya Rindu, nyanyian asal Andmesh menyentuh hati ramai. Sayunya dengar Thalita menyanyi lagu ni. Kena pula dengan lirik ‘ hati ini hanya rindu ‘, sebak sungguh..
Walaupun sebelum ini Shuib Sepahtu berharap tiada ada antara anak-anaknya yang akan mengikuti jejak untuk menjadi penyanyi, namun Shuib akur apabila anak perempuannya, Thalita menyuarakan keinginannya untuk menjadi penyanyi yang hebat seperti arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin.
Hari demi hari, Shuib melatih Thalita dan kini nama Thalita menjadi sebutan warganet. Bermula dari menyanyi di live Tiktok dan diundang ke busking show bersama Radio Era, Thalita bakal mencipta sejarahnya sendiri apabila komposer Ajai menawarkan untuk Thalita turut serta membuat persembahan di Konsert Ajai & Mega Friends pada bulan Mei nanti.
Meninjau entry di akaun Tiktok cantekkamu_, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Thalita sedang berlatih menyanyi lagu Hanya Rindu. Lagu nyanyian asal Andmesh ini dinyanyikan dengan penuh perasaan oleh Thalita dan suaranya itu lunak dan merdu persis ibunya.

Shuib memerhatikan Thalita dan terpancar rasa bangga di wajah Shuib atas kemajuan yang ditunjukkan oleh Thalita. Warganet menyedari selepas Shuib merenung Thalita, Shuib ada memandang sekilas ke arah gambar Siti Sarah yang tergantung di dinding berhampiran.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cantekkamu_ love #shuibsepahtu #talita #watiehanifiah #sitisarahraisuddin
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 300o tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sukanya tengok cara shuib tengok anak dia. dia betul2 banga ngan ank dia… lepas tu dia tgk pic arwah, arghh nangis weh.. “
” Nampak je talita nyanyi mesti jtuh air mata kita ye.. ingat arwah.. semuga sUkses selalu ya talita nya Aamiin.. “
” Thalitaaaa, jangan la buat acik nangis lagi, dan lagi.. ooo sebaknya dengar nyanyian ni.. suara ibu dalam diri Thalita.. “
” Talita dah besar makin cantik.. sebak lak tengok Shuib pandang thalita lepas tu tengok gambar arwah siti sarah dekat dinding.. mesti rindu tu masih menebal.. “
” Sedih dengar lagu.. memang sesuai dekta nyanyi.. penuh perasaan.. Nape ye aku macam nampak arwah Siti bila tengok Talita nyanyi terus air mataku mengalir deras.. “
” Arwah mesti bangga dengan anak dia.. Thalita dah kalahkan aura daddy. the way shuib look at thalita buat kita sebak.. “
” Suara Thalita tu dah buat hati tersentuh. Tambah pandangan Shuib pada Thalita tu, lagi buat airmata jantan aku gugur. tengok pulak gambar sarah, fuh hebat aturan Allah.. “
Suara gemersik dan alunan yang persis seperti arwah Siti Sarah. Kerinduan peminat terhadap Siti Sarah sedikit sebanyak terubat apabila mendengar suara Thalita ini. Semoga Thalita terus giatkan usahanya untuk menjadi sehebat dan mencipta nama seperti ibunya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok cantekkamu_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

