Artis / Selebriti
” Siapa yang dah rosakkan Ameng tu, adoi lah kelakar tengok.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Ameng Spring menari di tepi pentas ketika persembahan Hadie buat ramai terhibur. Lain macam Ameng berjoget, risau dibuatnya, haha..
Setiap minggu, konsert Talk To My Manager pasti akan dinantikan oleh peminat rancangan ini. Persembahan daripada kesemua perserta iaitu Marsya (Liza Hanim), Ammar (Ameng Spring), Amad (Siti Saerah), Thalita (Shuib), Hadie (Ina Naim) dan Auddra (Sharifah Shahirah) memukau para penonton dan juri.
Meninjau di akaun TikTok milik teetok817, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah Ameng Spring ketika persembahan Hadie (anak Ina Naim) di semi final beberapa hari lalu. Menerusi video itu, Hadie membawakan lagu dangdut bertajuk Yang Penting Happy nyanyian asal oleh penyanyi Jamal Mirdad.
Ketika penonton bersorakan semasa Hadie sedang menyanyi, kelihatan Ameng berdiri di tepi kerusi Manager yang didudukinya dan turut menari dengan gayanya yang tersendiri. Perkongsian video tersebut turut mengundang tawa warganet yang menontonnya.

Seloroh warganet, siapakah yang sudah ‘merosakkan’ Ameng kerana sikap Ameng sebelum ini dilihat sebagai seorang yang pendiam, wajahnya kelihatan serius dan tidak sama seperti yang mereka menonton menerusi video itu. Sehingga kini, video Ameng menari telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@teetok817
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata usikan diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur menonton video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Siapa yang dah rosakan Ameng tu, adoi lah kelakar tengok.. Ameng berada di dunia dia sendiri.. Betul2 terhibur ni.. “
” Hahaha… Ameng tu kenapa.. Rasanya Ameng yang kena kejutan budaya ni.. Bukan Ammar.. Serius kelakar wehh.. “
” Bagus manager2 ni….. Sama dgn retis2 mereka… Memang enjoy je.. Sporting.. Support each ada.. Best tengokkk.. “
” Aku Respek semua manager.. Sporting.. Layan ja.. Best la hampa.. Terbaik.. Ameng buat apa tepi tu.. P buang angin ke.. Hahaha.. Maaf² gurau² je.. “
” Ameng spring ok taktuuuu, gisau akuu, lain macam gaya dia menari, haahhahaaha.. Semua orang pun best dengan persembahan Hadie.. “
” Ameng senyap2 kat blkng tu berjoget, dia ingat org tak nampak ke.. Tak sangka ameng perangai cmni.. Ingat serious orgnye.. “
” Aku takleh blah betul dgn ameng. Bukan main dia ek.. Risau Aku ameng tak boleh naik blk, nasib boleh naik, hehe.. “
Alahai lain macam sungguh cara Ameng menari, nasib lah Ameng boleh bangun. Risau juga melihat cara Ameng bergelek itu. Apa-apa pun, persembahan Hadie di konsert semi final itu memang sangat memukau. Bukan sahaja para Manager yang terhibur, satu MBSA pun menyanyi mengikut Hadie.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok teetok817
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

