Artis / Selebriti
” Siapakah penyanyi nombor 2 dan nombor 3 pilihan Dato’ Siti.. ” – Netizen
Terima Pertanyaan Daripada Peminat Ketika Live, Ini Respon Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Wah Tak Sangka Tokti Petik Nama Orang Tu !!
Meninjau di akaun Tiktok fans Dato’ Seri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Seri Siti sedang membuat live bersama para peminatnya. Menerusi video itu, kelihatan Dato’ Seri Siti sedang live di rumahnya dalam keadaan bersantai.
Ketika sedang membuat video live tersebut, Dato’ Seri Siti telah menerima satu pertanyaan daripada seseorang yang bertanya jika Dato’ Seri Siti adalah penyanyi nombor satu, siapakah penyanyi nombor dua dan penyanyi nombor tiga pilihan Dato’ Seri Siti.
Dato’ Seri Siti menjawab, sebelum ini gelaran penyanyi nombor satu itu telah dipegang oleh usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato’ Aliff Syukri. Namun selepas itu, Dato’ Aliff telah memberikan gelaran tersebut kepada Dato’ Seri Siti serta sekali gus Dato’ Aliff sekarang adalah penyanyi nombor dua.

Jawapan yang diberikan oleh Dato’ Seri Siti itu telah mengundang tawa warganet. Ada yang mengatakan Dato’ Seri Siti bijak memberikan jawapan dengan tidak memberi apa-apa nama. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Tiktok.
Tonton video di bawah ini :
@sitinurhaliza7944 #sitinurhaliza #ctdk #masukfyp #masukberandafyp #masukberanda #berandafypシ #berandafyp #berandatiktok #beranda #fypage #fypシ゚viral #fypシ #fyp #tiktokmalaysia #tiktokofficial #tiktokfyp #4upage #4you #4u #foryourpage #foryoupage #foryou
♬ original sound – S I T I N U R H A L I Z A – S I T I N U R H A L I Z A
Di ruangan komen, selain terhibur, ramai yang menyukai cara Dato’ Seri menjawab pertanyaan daripada peminatnya itu. Antara komen-komen menarik adalah :
” Jawapan paling bijak, terbaik lah Dato’ Seri Siti, hahaha.. Saya dah agak dah mesti jawapan dia Dato’ Aliff, hahahahaa.. “
” Aku dah agak dah, hahahahahha.. Sukalah dgr Tokti bersin.. Dengar ulang2 kali nk dgr dier bersin, comel sangat, hehe.. “
” Kembang semangkok la Dato Aliff dengar ni, hahhaaha.. Tapi terbaik lah jawapan Tokti.. Dengar pun rasa sejuk je hati, hehe.. “
” So dia jd no 2, comel sgt lah, hahahahaha Tokti ni kalau dia menyakat orang mesti kelakar kan, senyum2 je last tu ye.. “
” Pandai buat lawak lah Dato Ct sekarang, aku dengar dia jawab pun kelakar, hahahaha… Harap Dato’ Aliff tak tengok lah video ni.. “
” Tepat sekali pilihannya, meh saya sambung pula, Dato Vida no 3, no 4 Iqbal kan Dato, hahahahahaa… Maaf melawak je yer.. “
” Main pass-pass ek nombor tu, hahahahaha weh Tokti sekarang kelakar betul lah, hahahahaha.. Aku pun ketawa dengar.. “
Boleh tahan kelakar ye Dato’ Seri Siti sekarang ni, memang comel gaya jawapan yang diberikan Dato’ Seri Siti. Apa-apa pun semoga Dato’ Seri Siti sentiasa sihat selalu, bahagia bersama keluarga tersayang dan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok @sitinurhaliza7944
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

