Artis / Selebriti
” Siapakah yang berbaju putih hitam bertopi tu ? Rasanya macam kenal lah.. ” – Komen Netizen
Muatnaik video Thank You 2024, kelibat seorang jejaka dalam video yang dikongsikan oleh Amira Othman jadi perbualan ramai. Wah macam kenal lah lelaki tu. Ramai yang approve ni..
Tahun 2024 baru sahaja melabuhkan tirai, maka ramai lah yang berkongsi video moment terindah mereka sebagai kenangan di akaun media sosial masing-masing. Tidak ketinggalan begitu juga yang dilakukan oleh penyanyi dan pelakon iaitu Amira Othman.
Meninjau di akaun TikTok milik Amira, telah dikongsikan video Thank You 2024. Menerusi video itu, Amira mengabadikan beberapa kenangan sepanjang tahun 2024 yang dilaluinya. Namun, perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet gara-gara ada terlihat kelibat seorang jejaka.
Jejaka di dalam video itu kelihatan memakai baju bercorak hitam, putih dan memakai cap serta pelitup muka. Ramai yang mengatakan yang jejaka itu seperti pelakon Fattah Amin. Melihat gaya dan pakaian serta berkali-kali mengulangi video itu, mereka yakin jejaka tersebut adalah Fattah.

Selain itu, seloroh mereka, andai benar jejaka itu adalah Fattah Amin, mereka ‘merestui’ hubungan Amira bersama Fattah. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Amira ini telah ditonton lebih 600 ribu tontonan dan menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@amiraothmanofficial Thank you 2024. Banyak pengjaran, pahit manis suka duka☺️Semoga yang baik-baik di 2025 buat Nadia Amira Othman🤲🤍
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Siapakah yang berbaju putih hitam bertopi tu? Rasanya macam kenal lah.. Kalau betul, yang ni kami sokong, hehehe moga2 ada lah jodoh.. “
” Fattah Amin pakai topi NY, bawah cap depan ada cop putih. Dalam tiktok Fattah Amin ada pakai topi tu jgk. Hiks.. Memang Fattah beb.. “
” Tak cekak nk pause nk undur nk pause nk undur dohh video tu.. Part tu plok nyo cepat, haha.. Takleh jadi netizen lg ambo nii slow sangat.. “
” Dah pause dah slomo pun tetap nampak Fattah.. Hahahaha gigih nauuu aku jadi netijen malam nii.. Kami approve Fattah Amin.. “
” Sahhhh Fattah Aminn.. Bukan Falah, hahhaha.. 3 kali rewind ,paused, ok approved.. Kita doakan yang baik2 buat mereka yer.. “
” Kalau btl fattah , kami approve . Amira pun kalau nyanyi suara sedap sgt . Nanti bole buat lagu dgn Fattah.. Mana tahu kan jodoh korang.. “
” Lah aku pun sama terjebak pause nak tengok siapa.. Suspen betul.. Huhuhu haritu g konsert ct duduk berdekatan kan Entahlah. Nk juga follow apa yg netizen duk fikirkan.. “
Wah ramai yang cakap Fattah lah, kalau tengok dari segi penampilan dan ketinggian itu ada benar juga. Hanya Amira sahaja yang mengetahui siapakah jejaka tersebut. Apa-apa pun, andai benar mereka sekarang sedang berkawan apa salahnya kan. Kalau ada jodoh, pasti tidak akan ke mana.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok amiraothmanofficial, IG amiraothman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

