Artis / Selebriti
” Sign Nyamma lagi mahal daripada Fazura ni. Special betul siap beropol-ropol panjang, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisha Ketika Sesi Meet And Greet Di Kuantan Buat Warganet Terhibur. Wah Fatima Makin Glamour Lah, Ramai Betul Nak Autograf Fatima. Hasil Sign Fatima Tu, Sampai Istighfar Mommy, Haha !!
Drama Hero Seorang Cinderella 2 lakonan hebat 3F yang popular iaitu Fattah Amin, Fazura dan Fatima antara yang menjadi tumpuan ramai. Team drama ini memulakan sesi roadtour mereka dan hari ini Fatima dan Fazura berada di East Coast Mall Kuantan untuk sesi Meet And Greet bersama peminat.
Sebagaimana yang dijangkakan, Fatima menjadi tumpuan dan ramai yang ingin bertemu mata dengan Fatima dan Fazura. Meninjau akaun Instagram bamtahdolly dan lovelyfatima, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika sesi autograf Fatima dan Fazura.
Banyak sungguh keletah Fatima ketika sign poster drama HSC2 ini. Awal-awalnya okey lagi, masih boleh menulis huruf F sebagaimana yang dipraktiskan di rumah tetapi apabila sudah banyak kertas yang Fatima sign, berubah terus sign Fatima.

Bukan hanya pada gambar Fatima, habis gambar daddy dan mommy pun Fatima sign sama. Semakin lama semakin besar sign Fatima. Mulut Fatima tak berhenti berceloteh. Kata Fatima sambil menunjukkan ke arah gambar itu, ini Nyamma, ini mommy, ini daddy.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sign ke lukis tu Nyamma haha.. MasaAllah Pandainya Nur Fatima Aisya sign Fatima ,daddy dan mommy.. ”
” Pandai lah Fatima sain Fatima, mommy dan daddynya.. Alorr cute betull.. soon daddy fatima join sekali.. ”
” Senang sign nyamma.. habis ke gambar mommy daddy di signkan sekali haha.. Dah lupa dah macam mana nak tulis huruf F , Nyamma.. ”
” Special betul sign nyamma ni siap ropol-ropol panjang lagi.. Comelnya, mula-mula sign F, lepastu tukar habis sampai ke muka mummy daddy dia sign haha.. ”
” Nyamma sign untuk daddy ke tu sayang. Sign nyamma lagi mahal dari Fazura ni. Lepas ni Nyamma yang amik alih sign Fazura hehe.. ”
” Cerdik betul Fatima ni, dari sign nama dia sorang, baik dia signkan sekali je mommy dan daddy. bagi penuh kertas tu hahah… ”
” Makin lama makin besar ye sign tu Fatima. makin besar makin mahal hehe.. comel sangat Fatima sebut ‘ Ni Nyamma, ni Mommy, ni Daddy’ .. tak lupa daddy okey.. ”
Alahai Fatima, ini yang orang kata sign terpaling mahal. Dia punya last sign apabila sudah penat tu, kalau boleh sebesar-besar kertas poster tu mahu di sign nya. Apa-apa pun, pujian harus diberikan kepada Fatima kerana pandai menyesuaikan diri dan tidak kekok bersama peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bamtahdolly, IG Lovelyfatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



