Artis / Selebriti
” Since ramai yang tanya apa erti nama anak Tika.. ” – Atikah Suhaime
Datin Atikah Suhaime kongsi gambar-gambar photoshoot anaknya, Lyla Mulan Teh dan makna nama anaknya yang ramai tidak tahu. Cantiknya makna nama Mulan, secantik orangnya..
Umum mengetahui pada bulan Mac yang lalu, pelakon cantik Datin Atikah Suhaime telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya. Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Atikah di akaun Instagram miliknya.
Terbaru meninjau di akaun Instagram, Atikah ada memuatnaik beberapa gambar photoshoot anaknya, Lyla Mulan Teh. Di ruang kapsyen, Atikah mengatakan ramai yang bertanyakan erti sebenarnya nama Lyla Mulan Teh. Atikah ada menjelaskan erti nama penuh Mulan itu pada setiap gambar yang dikongsikannya.
Perkongsian oleh Atikah ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa geram melihat semua gambar Mulan. Paling menarik, ada gambar Mulan dipakaikan kain telekung, berkaca mata putih dan di sisi Mulan mempunyai satu kotak ubat gigi jenama keluaran keluarganya.

Sehingga kini, gambar photoshoot Mulan tersebut telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Walaupun gambar diambil ketika Mulan sedang tidur, Mulan tetap kelihatan sangat comel.
Di bawah adalah gambar-gambar photoshoot Mulan yang dikongsikan di akaun Instagam Atikah :






Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Atikah ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kenapa cumelllll sngat niiii , semoga saya pregnant baby comel & sihat macam baby Mulan.. Jadi anak yang solehah untuk mummy n daddy.. “
” Mulan.. MasyaAllah cute baby like father like mother face moga mmbsar dgn baik ya sayang.. Btw aunty guna ubat gigi Zaitun.. “
” Geram la acik tgok.. Ketap2 bibir dok belek gambar2 dia ni.. So comeiii…. Model kecik Zaitun dah Mulan sekarang yer, hehe.. “
” Alololo kecil2, dah kena jadi model ubat gigi atuk lah.. Masyaallah, cantik betul baby Mulan seindah nama yang diberikan.. “
” Ok tak expect yang maksud nama Teh tu, boleh tahan kelakar lah Tika ni.. Mulan baby yang comel, semoga membesar dengan sihat yer sayang.. “
” Sedap nama secumel Lil Princess.. Yeayy. Ada dah ubat gigi zaiton travel size. Semoga Lyla membesar dengan sihat, berjaya dunia akhirat.. “
” Masyaallah, pic yang pakai telekung tu memang double cute betul.. Moga Mulan membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan ayah ibu.. “
Nama yang diberikan oleh Atikah dan suami buat permata hati mereka itu sangat indah ertinya sepertimana wajahnya juga. Tahniah diucapkan kepada Atikah yang kini sudah bergelar seorang ibu, s. Semoga Lyla Mulan Teh terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG therealatikahsuhaime
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

