Artis / Selebriti
” Slang hang Ecah. English, Melayu atau Kedah, menjadi betul.. ” – Netizen
Video Aaisyah Dhia Rana Bercerita Mengenai Makanan Tengaharinya Buat Ramai Terhibur. Wah, Dia Punya English Slang Boleh Tahan !!
Anak kepada pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sememangnya popular di media sosial. Memiliki wajah yang comel dan cantik kerana mewarisi kecantikan ibu dan kekacakan bapanya, Aaisyah sering dipuji kerana kepetahannya bercakap.
Aaisyah bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris tetapi dia turut fasih berbahasa melayu dalam loghat kedah. Menerusi akaun Instagram, satu video Aaisyah bertutur dalam bahasa Inggeris telah dikongsikan. Apa yang menarik ialah slang Inggeris Aaisyah ketika dia bercakap.
Aaisyah bertanya kepada para pengikut Instagramnya sama ada sudah menjamah makan tengahari atau belum. Dia kemudiannya bercerita apa yang dimakan olehnya untuk menu makan tengahari. Wah, boleh tahan hebat juga menu Aaisyah ye.

Video yang berdurasi 25 saat itu telah mendapat lebih kurang 33 ribu jumlah tontonan dalam masa 4 jam ia dimuatnaik. Gelagat Aaisyah itu turut membuatkan Che Ta terhibur ketika di akhir video tersebut. Amboi, Ecah kekw4t sangat lah.
Jom tonton video di bawah :
Kebanyakan peminat ger4m melihat keletah Aaisyah dan ramai memuji kebolehan Aaisyah bercakap dalam bahasa Inggeris dan melayu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comell ger4m pandai ckp. Alah ecah cepat sangat besaq. Suka denga aisyah ckp… fasih.. pekat… english ke melayu ke kedah ke… jadi betul.. “
” Slang hang ecahhh… ger4m aih acik dengaq. cantik lah ecah ni. She’s so cute & she speaks good English now… May Allah bless you & you parents little princess .. “
” Amb0i.. i want biy.. Semakin besar semakin cantkk. Ce ta cantik zaidin pun handsome blasteran pula jd lah ade cantik cam Aisyah ni.. “
” Aishah walaupun anak campur orang puteh pandai berbahasa melayu..syabas..cantik dan bijak. Dah comel lah aaisyah ni.. “
” Antara anak artis rozitachewan1 yg aku respect.. ajar bahasa melayu.. loghat kedah lg.. at the same time fluent in english.. bagus ecah.. “
” Awat hang tak makan kieh ketayap lagu hari ni ecah. Amboi, sedut air tu kekw4t betul. Ada anak artis tu mak pak melayu tapi tak reti cakap melayu.. “
” Nanti aaisyah dah besar bakal jadi reb0tan ni. Kecik pun dah cantik. Anak orang putih lagi. Cantik lah aaisyah ni. Comel.. “
Alahai, makin besar makin cantik lah Aaisyah. Aaisyah sememangnya fasih berbahasa Inggeris dan berbahasa melayu. Apabila dia bercakap dalam dua bahasa tersebut memang tiada pel4t langsung. Semoga Aaisyah Dhia Rana berjaya di dunia dan di akh1r4t.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

