Artis / Selebriti
” Spontan dia jawab dia tengah buat ‘roti canai’ . Lawak betul lah Wara oii, haha.. ” – Komen Netizen
Video Anak MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa Sedang Membuat Roti Canai Dengan Slime Buat Ramai Terhibur. Haaa Sudah Wara, Habis Karpet Mak Hang Wara. Tak Pasal-Pasal Anak Sulung Pulak Kena Bebel Bagi Adik Main Slime Atas Karpet, Haha !!
Anak bongsu jurusolek terkenal, MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa sering menjadi perhatian warganet. Gelagatnya yang mudah terhibur dan petah bercakap buat ramai geram melihatnya. Lebih-lebih lagi, Wara juga memiliki wajah yang comel dan berkulit putih gebu.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok Bellaz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Wara sedang bermain slime. Kelihatan Wara yang begitu comel mengenakan baju kelawar sedang duduk di atas lantai bermain slime tersebut.
Ketika video direkodkan, kedengaran suara Bellaz bertanya kepada Wara apa yang dia sedang lakukan. Dengan pantas dan spontan Wara berkata yang dirinya sedang membuat roti canai. Mendengar jawapan yang diberikan Wara, Bellaz terus ketawa.

Selepas itu, Bellaz mula memanggil anak sulungnya kerana membiarkan Wara itu bermain slime sehingga mengotorkan karpet. Sehingga kini, video Wara bermain slime mendapat ribuan komen serta ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@muabellaz Xlena lagii hampa aii duk buat roti canai ..
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan video terbaru Wara ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Spontan dia jawab dia tengah buat ‘roti canai’ . Lawak betul lah Wara oii, haha.. Geram sungguh dengan budak comel ni.. “
” Amboiii Wara, pandainya dia buat roti canai.. Realiti anak sulung, yg kcik buat plik2, yg sulung kna panggil dlu, hahaha.. “
” Sel-sel tumbesaran serdang berhubung hehehe Wara-Wara.. Habis karpet mama hang Wara, karpet Aladin tu, hahaha.. “
” Hahaha pndai menjawab roti canai spontan ja cerdik.. Geram tengok tangan montel dia tu.. Pandai pulak nak buat roti canai.. “
” Budak2 kalau da dpt Benda tu(slime). Habis semua.. Sampai ke rambut nanti.. Ingatlah kalau budak dok senyap2 tu msti dia tgh buat pelik2, haha.. “
” Syok dgq soqa mak dia .. Meriah sekampung.. Wara belajar buat karipap. Nanti boleh tolong mama jual karipap, hehee.. Comel lah Wara.. “
” Pandai nohh, haha sat lagi mama ngn abah hang bukak production roti canai prozen cap wara wuhuuuuuuu… Geram betul lah aku kalau tgk Wara ni, haha.. “
Gelagat anak-anak pastinya akan membuatkan ibu bapa terhibur. Kita beruntung kerana zaman sekarang ada kamera yang boleh merekodkan kenangan anak-anak ketika kecil. Apa-apa pun semoga Wara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok muabellaz, IG muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

